Thursday, October 20, 2011

Sembang Satu Malaysia


Salam 1 Malaysia. Saya nak berkongsi satu video klip. Lagu Satu Malaysia. Saya yakin ramai antara kita pernah mendengar lagu ini. Bait-bait lirik cukup bagus. Penuh dengan mesej perpaduan. Saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk mencapat satu matlamat. Tapi . . . . . . . . . . 

LIRIK LAGU SATU MALAYSIA

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Mungkin sekali pandang dengan pandangan kasar, tiada apa yang perlu diperbetulkan. Nampak semuanya suci. Tapi kalau anda semua sedar, sila jawab soalan saya ni. Melayu dalam video tersebut digambarkan bagaimana? Melayu moden? Melayu sekular? Melayu yang sudah layu Islamnya? Tiada langsung yang bertudung. Sedih. We should be more sensitive about that issue.


Inilah yang menjadi ikutan. Sembang kita ni Satu Malaysia. Tapi, takkanlah sebab kita ni Satu Malaysia, dah tak kisah tentang Islam? Sebenarnya, di mana hebatnya Melayu itu? Hebatnya Melayu kerana adanya Islam bersama mereka. Tanpa Islam, Melayu tiada apa-apa. Jadi, mengapa usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu menjadi agenda utama berbanding untuk memartabatkan Islam?

Berapa banyak RM yang dikeluarkan untuk memartabatkan Melayu? Sedangkan usaha-usaha dakwah untuk memartabatkan Islam disekat-sekat. Wah, adakah Melayu lebih hebat daripada Islam? Perjuangan bangsa atau perjuangan agama yang lebih penting? Hukum yang diturunkan oleh Allah diabaikan sedang hukum Barat dipuja dijulang.


Di Malaysia, kalau seseorang itu berbangsa Melayu maka secara automatiknya, dia adalah seorang Islam. Pada kad pengenalannya tertera perkataan ISLAM. Namanya juga ada bunyi-bunyi arab sikit. Tapi, adakah dia mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian? Atau Islam hanya pada nama dan kad pengenalan sahaja tetapi kehidupannya mengikut acuan barat? Berjudi, minum arak, berzina, pergaulan bebas dan macam-macam lagi. Malahan ada juga yang memilih untuk keluar daripada Islam. Nauzubillahimin zalik.

Nah! Inilah akibatnya jika Islam tidak dimartabatkan. Sibuk dengan adat-adat budaya Melayu, Islam agama suci dipinggirkan. Jangan sampai suatu hari nanti Melayu ini diinjak-injak kerana hilangnya Islam di dalamnya. Islam itu hebat walau berada di mana-mana tempat di muka bumi ini. Islam itu agama penyatuan tanpa mengira warna kulit dan keturunan bangsa.

Saya meninggalkan banyak persoalan dalam entry kali ini supaya anda semua berfikir dan jawab sendiri. Sendiri ada akal, fikir-fikirkanlah. Sampai di sini sahaja BINGKISAN HATI CORETAN KATA saya pada kali ini.

Peace No War . . . . . .

No comments:

Post a Comment