Dunia akhir zaman. Fatwa artis diagung-agungkan sedangkan ulama' diketepikan. Hukum hudud adalah hukum agama, syariat Islam. Apakah keperluan untuk bertanya kepada golongan artis. No point. Isu hudud bukan boleh ikut pendapat masing-masing sahaja. Tapi kena ikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Persoalan seterusnya, kenapa wartawan beriya-iya sangat bertanya kepada golongan artis? Untuk melariskan jualan akhbar? Untuk publisiti murahan? Atau ada kepentingan politik? Sekarang ini, memang artis menjadi ikutan remaja khususnya. Tapi adakah itu dijadikan senjata utama untuk mendoktrin remaja-remaja kita supaya melanggar hukum Allah dan lupa kepada agama?
Tapi, kenyataan daripada Enot adalah yang paling memalukan. Memetik kenyataan Enot:
"Contohnya, bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan".
Lihat, inilah hasilnya jika kita bertanyakan persolan agama kepada golongan yang bukan ahli dalam bidang itu. Untuk makluman semua, hukuman sula tiada dalam hukum hudud.
Walaubagaimanapun, saya memuji kenyataan daripada Wardina Safiyyah iaitu:
"Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal."
Tahniah Wardina!!
Diharapkan selepas ini, para wartawan dan media khususnya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan apa-apa kenyataan terutamanya berkaitan hukum Allah. Bertanyalah apa-apa sahaja kepada golongan yang ahli dalam bidang tersebut. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyebabkan murka Allah.
Jom ramai-ramai LIKE Facebook Fan Page Wardina Safiyyah:
Huhu...
ReplyDeleteMgkin ada pro dan kontra nya..
Tpsy sokong Tajuk dan isi ulasan entri ni. terbaik!!!
Ulamak itu penunjuk jalan... artis itu..ohh tidak~ huhu
apa nak dihairankan....dalam hadis akhir zaman nabi dah sebut...diakhir zaman orang yang tidak ahli agama akan bercakap tentang agama...orang yang tak amanah akan diberi amanah.....bicara orang yang baik akan ditolak...bicara orang yang zalim akan dikata baik....semalam dalam rancang whi ada juga selebriti memberi komen tentang nabi dan hukum agama yang sebenarnya dia sendiri tak tahu...jestru itu marilah kita sama2 muhasabah diri apakah kita sudah cukup ilmu untuk membincangkan sesuatu ilmu..bak kata pepatah kerana bicara agama binasa...
ReplyDelete