Koleksi Status Facebook Saya #2
Jika pakaian yg kita pakai selalu itu tidak boleh dipakai semasa solat, maka setiap langkah kita berjalan di bumi ini tentu sekali diiringi dengan kemungkaran Allah lantaran kita mengabaikan syariatNya.. nauzubillahimin zalik..
Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat.
~ Muhasabah: Adakah pakaian yang kita selalu pakai itu boleh dipakai semasa solat??
"Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti mana orang tuamu mendidikmu. Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu"
~ Dulu takde FaceBook. Dulu takde Astro. Dulu budak2 sekolah rendah belum punya handset. Internet apatah lagi. La ni, semua ada. Dah la siaran TV, media perdana pun dah tak bertapis. Dunia oh dunia..
Beza kita tuk melengkapi antara satu dan yg lain. Hidup ini lebih warna warni jika perbezaan kita hargai. Hidup berseri bak mentari jika kita semua bisa mengerti.
~ Kita Berbeza by Demascus.
Betulkan yang biasa.
Biasakan yang betul.
Matang sebelum usia?? Perlu ke??
A: Hm, tak perlu kot. Rugilah masa remaja kita. Baru nak enjoy2, dah kne pikir macam-macam.
B: Hei, perlu kot. Supaya kita dapat membuat keputusan dgn matang la. Takde la ikut jiwa muda semata-mata.
~ Which one is your answer??
Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung?
~ Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.
"Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi riang, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibbah. Itulah tarbiyyah.."
~ Marilah kita berusaha mentarbiyyah diri kita supaya dapat kita sama2 menggapai mardhatillah. Amin.
"Awak... Awak cantik sangat bila awak tutup aurat."
~ Jadi, tunggu apa lagi?? Tak mau jadi cantik ke??
[INGAT SENANG KE JADI CIKGU??]
Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
~ SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU
Walaupun kita berusaha untuk menerima orang lain, belum tentu orang lain tu dapat menerima kita.
~ Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita hanya mampu berusaha.
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui,sedang kamu tidak." [Surah Al-Baqarah 216]
~ Apabila Allah tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah.
Komitmen dalam berprogram akan mewujudkan ukhwah. Setiap hari, make sure kite tgk muka sahabat2 kita untuk merasai ukhwah itu. Carilah kesempatan itu walaupun seketika cuma. Dan yang paling penting berukhwahlah kerana Allah. InsyaAllah kita akan bersama-sama menggapai mardhatillah. Amin..
~ Antara tips2 berukhwah yang diperoleh.
Selalu dengar ayat ni:
"Kalau ade masalah, bgtau la kat kitorg." (Boleh caye ke ayat ni?)
Hm.. kalau bagitau, rase macam menyusahkan orang lain pula dan mungkin juga akan dianggap mengade2.
Tapi kalau tak bagitau, susah juga nak kawal emosi. Muka confirm macam org ade masalah. Silap2, boleh hadapi stress yg tahap maksimum kot.
~ Any recommendation???
"Kamu merancang. Allah juga merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang"
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
~ Muhasabah diri: Adakah kita adalah teman yang baik kepada teman kita??
Anda ada sahabat?
Anda menggeleng?
Anda tak mahu cuba mencari sahabat?
Saya boleh menjadi sahabat anda. Jika anda mahu.
Mari, mari kita bersahabat.
Semoga kita peroleh rasa cinta itu bersama-sama.
~ Uhibbukum fillah..
BerKAWAN biarlah dengan semua orang, tetapi SAHABAT carilah betul-betul.
~ Ukhwah yang baik adalah ukhwah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Binalah asas ukhwah dengan iman agar ukhwah itu dapat membenihkan rasa cinta kita kepadaNya.
Menguruskan budak 'beso' lagi senang daripada menguruskan budak 'kecik'. Tapi, menguruskan budak 'kecik' lagi menyeronokkan daripada menguruskan budak 'beso'. Rasanya, lepas ni, macam kena belajar ilmu pedagogi daripada bakal2 guru dari Fakulti Pendidikan. Ilmu berurusan dengan budak 'kecik'.
~ Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Anak Soleh.
[PENGORBANAN HATI]
Pengorbanan bukan hanya dari segi harta, masa mahupun tenaga sahaja. Malah, wujud juga pengorbanan HATI, EMOSI dan PERASAAN.
~ Sekali-sekala, kita kena berkorban untuk melakukan apa-apa yang kita tidak suka kerana ia mungkin akan mendatang efek yang besar dalam hidup kita. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan emosi kita untuk mengembirakan sahabat2 kita. Sahabat yang baik...
Kupenuhi hidupku dengan memerhati, menilai dan mengambil iktibar daripada apa-apa yang aku perolehi.
~ Memerhati diri sendiri adalah yang paling utama.
"Aku mampu berhujah dgn sepuluh orang yg berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu." [Imam Shafie]
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Kita ni secara fitrah, seronok bila mlihat kebaikan dan benci bila mlihat kemungkaran:
- Tgk org baca AlQuran. Seronoknye. Tgk alam ciptaan Allah yg indah. Cantiknye. Tgk majlis2 ilmu. Seronok betul.
- Tgk org couple. Bencinye. Tgk org dedah aurat. Siyes benci. Tgk org xjaga ikhtilat patutnye benci gak la.
~ Tp, camne kalau mata ini, hati ini, seronok bila melihat kemungkaran dan benci kepada kebaikan?
Umat yang SEDANG merosak.. Akibat tidak menghubungkan urusan dunia dengan akhirat. Perkara2 batil dianggap sbg haq. Nauzubillahi min zalik. Orang2 atasan tiada yang ingin menegur. Tinggallah orang2 bawah ini yg 'sibuk2' memikirkan perkara ini.
[THREE WORDS, THREE STORIES]
Semua penduduk desa ingin berdoa supaya hujan turun. Mereka bkumpul dan hny seorang budak lelaki datang dengan payung. ITULAH IMAN.
Apabila anda melempar bayi di udara, ia tertawa kerana dia tahu anda akan menangkapnya. ITULAH KEPERCAYAAN.
Setiap malam kita tidur, kita tidak memiliki jaminan utk bgn keesokan paginya hidup2 tapi tetap kita menetapkan penggera untuk esok. ITULAH HARAPAN.
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga
menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira
mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."
(Badiuzzaman Said Nursi)
Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
Menunggu seru untuk bertudung?
~Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah?
"Hai cik adik manis. Sorang je ke? Saya pun sorang je ni. Bolehlah saya temankan."
"Tak malu betullah jantan ni. Kepala berkopiah. Pakaian macam ustaz, tapi perangai... Meluat aku."
~ AWAS!! Anda sedang diperhatikan. Jangan jadi fitnah kepada Islam.
Kau sedih, mengadu kepadaku, meminta bahuku,
sedang aku juga kesedihan juga, dan gerimis hati belum kering,
lantas kita menangis bersama,
dan akhirnya dari kesatuan air mata kita,
di situ terbitnya tawa.
Haha.
Aku tak pandang. Tak bermaksud aku tak suka.
Aku tak bersuara. Tak bererti aku tak setuju.
Aku tak senyum. Tak bermakna aku marah.
Aku tak ketawa. Tak semestinya aku tak gembira.
~ Bersangka baik (husnu zhon) dgn sahabat2..
"Aku nak itu tak dapat. Aku nak ini tak dapat gak. Senang2 citer, apa yg aku nak, semua aku tak dapat. Yang aku taknak, tu la yg aku dapat. Kenapa ni? Tension la!!"
~ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)
"Ala, kalau ilmu agama tak cukup, tak payah la nak bising2 kat sini. Nak berdakwah bagai. Bajet alim sangat la tu. Pergi la belajar tinggi2 dulu, bg cukup ilmu tu, barulah boleh tegur tegur kitorang. Dah. Blah lah!!"
~ Apakah respon anda jika anda berada dalam situasi camni?? Sharing is caring right??
“Ssungguhnya kmu (Muhammad) tidak akn dpt mberi hidayah kpd org yg kmu cintai, tetapi Allah lah yg memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui org2 yang mahu menerima petunjuk.” (QS. Al-qoshosh, 56)
~Jika ajakan ptama anda ditolak, jgnlah bputus asa wahai para daie. Ingatlah, hidayah itu adalah milik Allah. Kita hny boleh berusaha mengajak mereka utk menggapai hidayah Allah itu.
Memangla tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah. Tapi, at least try la untuk menghampiri kesempurnaan tu.
~ Usaha selagi termampu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Jika sudah lama jiwa tak terisi dengan ilmu, sudah lama hati tidak diketuk untuk bermuhasabah, sudah lama nurani tidak disuburkan dengan ingatan pada Tuhan, marilah sama-sama kita bertamu di taman-taman syurga. Moga kita akan peroleh manfaat daripadanya. InsyaAllah.
[SAHABAT] Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidaklah setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu semua ini, tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
~ Sesekali jadilah kawan yang mendengar berbanding yg banyak bercerita.
Pelajar Sains Aktuari boleh belajar ilmu-ilmu agama melalui ceramah, forum dan apa-apa majlis ilmu. Sedangkan hampir mustahil untuk pelajar pengajian Islam untuk dengan rela hati menghadiri kuliah-kuliah berkaitan Sains Aktuari dan sebagainya. Bersyukurlah dengan takdir Ilahi.
Kenapa kecewa? Sedangkan itu memang takdir ilahi.
Kenapa sedih? Sedangkan itu yg terbaik untuk diri sendiri.
Kenapa sunyi? Sedangkan Allah sentiasa menemani.
~ Allah Always Be There
ukhwah itu bukanlah teori sahaja. ia perlukan praktikal. kita boleh kata ukhwah kita mantap, tapi adakah ia hakikat atau retorik semata-mata? jangan hanya pandai bermain kata. realitinya, ukhwah semakin teguh apabila ia diuji...
~ ukhwah fillah abadan abada.
Ada masanya dlm hidup.. kadang2 kita diberi pilihan.. dan terpaksa memilih.. walau seberat mana pilihan yg dibuat.. sepahit mana akibatnya utk ditelan.. namun kita perlu memilih.. memilih yg terbaik bukanlah dlm bidang kuasa kita.. tp kita berhak mencuba utk memilih.. pilih ikut iman dan akal fikiran. bukannya ikut nafsu...
--> so, I decide to choose ..........
Lihat sahaja org yang sering melupakan Allah, tetapi Allah tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikitpun. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira. Kerdilnya kita, besarnya Allah. Tapi kita sering lupa kepadaNya. Sedangkan Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar pun.
Allah tidak pernah melupakan kita.
Walau diri seringkali alpa
Walau dibeban segunung dosa
Walau jauh dari rahmatNya.
~ Ampunkan segala dosaku Ya Allah.
1. Selalunya air mata kita dititiskan kerana makhluk atau Khaliq?
2. Bertaubatlah dan linangilah matamu dengan air mata keinsafan.
3. Air mata yang dititiskan kerana mengenangkan dosa-dosa akan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak. InsyaAllah.
4. Biar byk menangis di dunia, supaya byk ketawa di akhirat.
Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu adalah yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika mati itu adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
Dunia dan akhirat umpama rumput dan padi. Tanam padi, rumput kan tumbuh jua. Tapi tanam rumput, takkan tertumbuh padi. Begitulah jua ibarat dunia dan akhirat. Kejar akhirat, dunia akan dapat bersama. Tetapi, kejar dunia, hanya dapat dunia semata-mata.
~ Marilah kita berhijrah kepada yang lebih baik. Salam Maal Hijrah. Ingatan daripada Harith Faisal untuk semua.
Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah menemukan kepadamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu sebaik mungkin.
~ Jangan mengharap kepada makhluk semata-mata, tapi berharaplah dengan sebenar-benar harapan kepada Allah yang menciptakan kita dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Mereka itu penjahat. Kita adalah malaikat. Huh...!! Itu bukan di tangan kau untuk putuskan. Mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat. Maka pandanglah dengan iman. Nanti kau akan nampak ruang kesatuan...
Persoalannya, adakah Islam itu tidak membenarkan kita bercinta? Cinta itu adalah fitrah manusia. Jika sesorang itu sudah jatuh cinta, jatuh cinta jugalah. Apa yang dapat menghalang perasaan tersebut? Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang insan bercinta. Tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawalnya. Ini adalah soal keimanan. Perasaan cinta itu perlu dikawal oleh iman dan bukannya iman yang dikawal oleh cinta.
bagus! sgt3 bermakna.. :)
ReplyDeletetez sbb bg fahaman yg mendalam......n kalau kita kapel p x prnh jumpa...mcj pown skali sebulan.,.mcm mne? boleh....
ReplyDelete@syahirah comel
ReplyDeleteKalau situasinya camtu, kne tgk semula tentang zina hati. Anyway, sy lebih prefer bertunang berbanding kapel. Tunang pon ade adab-adabnye dalam Islam. So, kne hadam dulu. ^.^
ye lh..kalau nk tunang p x smpai umur lg camne ea?
ReplyDeletekalau rase tak cukup umur, tunggu la umur dah cukup dan sesuai.
Deletememang benar2x terkesan di hati dan siryes kita sering alpa dlm mengingati yg sepatutnya iaitu pencipta kita..bace artikel nie smelah dgn saling ingt mengingati..teruskan usaha anda
ReplyDeleteberpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran.. moga semua beroleh manfaat..
DeleteAssalam.sya mohon copy ya status ni...
ReplyDeletewasalam.. boleh saja..
Delete