Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.
Wahai Adam,
Hati Hawa ni rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.
Wahai Adam,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.
Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedar.
Wahai Hawa,
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu,
Kawal tutur katamu,
Taatilah agamamu,
Moga bertemu Adam yang sesuai bagimu.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliranNya
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah
“Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan
Supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)
......................................
Wahai Hawa,
Kejarlah citra pesona Muslimah
Mengapa terikut Barat?
Islam itu sudah sempurna
Janganlah abaikan ia...
Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati.
P/S: Sebenarnya ini adalah gabungan beberapa status yang diupdated dalam Facebook saya.
;) g double o.d.j.ob ^^
ReplyDelete....???
Deleteperghh
ReplyDeleteperghhh>>>>>
Deletela ni selalu tgk enta post hal2 macam ni...dah nak sampai seru ka?
ReplyDeletecamne nak tahu dah sampai seru ke blom? hurm..
Delete