Sistem kehidupan kita sedang bercelaru. Manusia tidak tahu ke mana arah tuju. Entahlah. Kita sebenarnya telah didoktrin. Didoktrin oleh sistem dunia.
Apakah cita-cita kamu?
Kalau saya tanya soalan ni kepada pelajar-pelajar dalam kelas Tingkatan 5, maka jawapan yang biasa kita dengar adalah,
Saya nak jadi jurutera.
Saya nak jadi angkasawan.
Dan sebagainya.
Apakah matlamat hidup kamu?
Saya nak dapat result cemerlang dalam SPM.
Saya nak masuk UKM sebab UKM best sangat.
Saya nak dapat kerja bagus, rumah besar.
Saya pula nak jadi kaya dan wedding ceremony yang grand-grand macam artis gitu.
Itulah jawapan-jawapan klise yang kita akan dengar.
Hurm. Tentu anda semua tertanya-tanya. What’s wrong with that answers? Yeah. Kita hold dulu. Baca sampai habis entry ini untuk dapatkan alasannya.
Sahabat sekalian. Sedar atau tidak sebenarnya kita telah diajar daripada kecil untuk memasang cita-cita dan matlamat hidup yang bersandarkan duniawi sahaja tidak kiralah semasa di rumah, di sekolah mahupun di media massa. Alangkah bagusnya kalau kecil-kecil lagi dah diajar tentang syurga neraka dan matlamat hidup kita yang utama untuk mendapatkan mardhotillah.
Semakin Dikejar, Semakin Menjauh.
Tapi kan, janganlah kita memisahkan urusan duniawi dan ukhrawi (sekular) kerana hakikatnya, keduanya perlu seiring. Jika tercicir salah satu daripadanya, maka ia menjadi satu kerugian kepada orang Islam.
"Orang yang mengejar akhirat, maka dunia akan ikut seiring dengannya.
Orang yang mengejar dunia, akhirat akan semakin jauh darinya."
Sekularisme ini sebenarnya adalah agenda musuh Islam supaya umat Islam semakin lemah rohani dan kurang semangat jihad untuk menegakkan agama Islam. Mereka memomokkan bahawa Muslim yang kuat berpegang kepada agama adalah extremist dan terrorist – pengganas.
Keberjayaan agenda ini dapat dilihat dengan lahirnya doktor yang mata duitan, jurutera yang kaki rasuah, ahli politik yang pentingkan diri dan pegawai-pegawai yang gilakan jawatan dan nama. Nauzubillahi min zalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.
Maksud tersirat sekularisme yang kedua adalah mengejar akhirat hingga mengabaikan dunia. Memang wujud orang-orang macam ini. Pagi petang siang malam beribadat. Kerjanya beribadat, beribadat, beribadat sahaja hingga melupakan akademik. Beribadat hingga tidak sedar akan masalah ummah masa ini. Boleh beribadah. Tapi janganlah sampai membuang terus dunia ini.
Harus diingat, segala yang kita lakukan seharian jika niatnya betul kerana Allah, kerana Islam dan yang sewaktu dengannya maka ia juga dikira sebagai ibadah.
Kawan-kawan, tolong jawab soalan ini:
Mampukah kita memenangkan Islam tanpa kita menguasai dunia (akademik yang cemerlang, kerjaya yang bagus, pemimpin yang berpengaruh, harta kemewahan)?
Siapa pula yang akan berusaha untuk membantu memenangkan Islam?
Siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi kalau bukan sekarang? Di mana lagi kalau bukan di sini?
Berjuanglah Dalam Bidang Masing-masing
Kitalah sebenarnya yang mesti mengambil posisi kita untuk memenangkan Islam. Rugi kalau, satu hari nanti Islam menang, tapi kita tidak menyumbang walau sedikitpun untuk kemenangan itu. Bersamalah kita berusaha untuk menyelesaikan masalah umat Islam kita pada hari ini yang semakin membarah ke tahap yang kritikal. Murtad, zina, hiburan, pergaulan bebas, aurat. Argh, memang dah hampir parah dah ni.
Anda sebagai pakar ekonomi, perjuangkanlah sistem ekonomi Islam dalam ekonomi dunia. Anda sebagai seorang pemimpin pula, masukkanlah bait-bait tazkirah dan ungkapan-ungkapan memperingati Allah dalam setiap ucapan dan tindakan anda. Jika anda sebagai seorang guru, didiklah anak muridmu supaya belajar kerana Allah dan mentaati segala perintah Allah.
Semoga usaha kita yang sedikit ini, dapat menunjukkan keagungan Allah dan kehebatan Islam. Sesungguhnya Islam itu adalah cara hidup yang terbaik. Semoga ia dapat mengetuk pintu hati seseorang untuk mendapat hidayah daripada Allah. InsyaAllah.
Genius = Ramai. Genius + Beriman = ??
Dalam dunia ni, orang pandai-pandai a.k.a. genius memang ramai. Contohnya di Harvard University dan University of Cambridge. Universiti-universiti ini mengumpulkan genius-genius seluruh dunia. Warga Malaysia pun ada juga.
Pernah tak kita terfikir, dalam banyak-banyak genius dalam universiti itu, berapa ramai pula yang beriman dan betul-betul mengamalkan Islam? Berapa ramai pula cerdik pandai di dunia ini yang buat sesuatu hanya kerana Allah Taala? Berapa ramai? Susah. Memang susah nak jumpa. Sedangkan Doktor Falsafah, Master, Degree berlambak-lambak di Malaysia ini sahaja. Itulah hakikatnya.
Dunia ini memang telah jauh tersesat. Di ajar sejak kecil untuk mengejar dunia semata-mata dan hasilnya kini sudah di depan mata. Sedarlah semua. Ubahlah hakikat ini kepada hakikat yang lebih baik.
Sedikit pencerahan, Islam tidak pernah melarang kita untuk mendapatkan kesenangan dunia, tapi ia perlulah diambil seimbang dengan akhirat. Janganlah kita memenangkan sekularisme karya musuh Islam yang durjana.
Seorang sahabat saya pernah menggunakan kata-kata ini dalam salah satu tazkirahnya.
“Lihatlah akhirat itu seolah-olah ia berada di depan mata dan dunia pula diletakkan di dagu. Jadi jika kita melangkah kehadapan untuk mendapatkan akhirat, hakikatnya kita juga membawa dunia (dagu) bersama kita sedangkan kita tidak dapat melihat dunia (dagu) itu.”
Apa yang dapat saya simpulkan adalah. Kejarlah akhirat dan bawalah bersama dunia tanpa kita leka dan alpa dengan dunia yang kita bawa. Wallahu’alam.
Sumber kartun: http://researcherlife.blogspot.com/
sy rase terharu bila sesibuk mane pn manusia tp mengejar akhirat pn x lupa...
ReplyDelete@faizulosman
ReplyDeletealhamdulillah. semoga kita tergolong dalam golongan orang yang tidak melupakan akhirat di samping tidak juga mengabaikan dunia.. ameen..
nice entry ;)
ReplyDelete@Atika Aula
ReplyDeletesyukran. Tapi entry kat blog Atika Aula lagi best-best dan sy tak pandai melukis macam Atika Aula.
memang susah nak cari pakej genius+beriman. ada pun mgkin sedikit nisbahnya...
ReplyDelete"Lihatlah akhirat itu seolah-olah ia berada di depan mata dan dunia pula diletakkan di dagu. Jadi jika kita melangkah kehadapan untuk mendapatkan akhirat, hakikatnya kita juga membawa dunia (dagu) bersama kita sedangkan kita tidak dapat melihat dunia (dagu) itu.”
ReplyDeleteayat ini sgt memberi smgt!
@Teacher Koko
ReplyDeletesemoga kita tergolong dalam golongan yg sedikit itu.. amin..
@panda putih
ReplyDeleteSama-sama ambil ibrah daripadanya..