Friday, March 4, 2011

Minggu Muhasabah Cinta (MMC) : "Bercinta Hingga Ke Syurga"

Saban hari, kita sering diuar-uarkan mengenai isu cinta dalam kalangan remaja terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini . Sesungguhnya cinta itu adalah payung bagi kehidupan kerana kehidupan tanpa cinta tiada ertinya terutamanya cinta kepada ALLAH s.w.t. kerana cinta ALLAH adalah cinta hakiki.

Cinta merupakan satu fitrah yang ada dalam setiap jiwa manusia. namun begitu remaja sekarang telah menyalahgunakan cinta itu sebagai satu platform kepada mereka untuk berkasih sayang dan akhirnya menjurus kepada kemaksiatan. Islam tidak melarang percintaan malah menggalakkan cuma bukan percintaan yang menjurus kepada maksiat.

Allah telah berfirman:
”... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Islam tidak melarang untuk umatnya berkasih sayang dan bercinta tetapi perlu dilandaskan pada landasan yang betul dan mematuhi hukum-hukum syara’. Namun begitu, mahasiswa dan mahasiswi sekarang tidak menghiraukan hukum-hukum tersebut semata-mata memenuhi kehendak nafsu masing-masing. Sejurus dengan itu, permasalahan ikhtilat semakin berleluasa dalam kalangan remaja.

Ikhtilat bermaksud suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah. Ikhtilat inilah yang menjurus kepada keruntuhan akhlak remaja sekarang dan akhirnya terjebak ke lembah penzinaan contohnya berdua-duaan di tempat yang gelap. Antara keburukan ikhtilat ialah menjurus kepada perzinaan dalam kalangan remaja ini. Apabila berlaku perzinaan, kes-kes pembunuhan seperti kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Hal ini meneybabkan agama, masyarakat dan Negara dipandang rendah.

Dalam isu cinta, kita harus bijak dalam mengendalikan cinta. Pengendalian cinta boleh dilakukan melalui beberapa cara iaitu dengan mengawal pergaulan iaitu mengelakkan ikhtilat.selain itu, cinta boleh dikawal dengan cara mengawal diri kita dari menjadi hamba hawa nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Untuk memastikan diri kita tidak terjebak dengan lautan cinta yang merosakkan, program-program agama perlu diadakan supaya dapat memberi kesedaran kepada remaja mengenai masalah ini.

Oleh itu, dalam mengelakkan diri terjerumus dengan dosa perzinaan, remaja lebih memilih untuk berkahwin di alam kampus. Dengan cara itu dapat mengelakkan berlakunya maksiat antara lelaki dan perempuan. Pembinaan baitulmuslim juga penting. Baitulmuslim ialah pembinaan sesebuah keluarg,masyarakat dan negara yang bertunjangkan islam. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya.

Justeru, kami pihak biro kerohanian kolej Rahim kajai merasa terpanggil untuk melaksanakan satu program minggu muhasabah cinta bagi memberi kesedaran kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi akan fitrah sebenar cinta.. Ini secara tidak langsung membuka minda dan memberi kesedaran kepada semua mahasiswa/i UKM agar lebih prihatin dan dapat memenuhi tuntutan rohani dengan pendekatan konsep cinta itu.

TENTATIF MINGGU MUHASABAH CINTA 2011 KRK UKM
TARIKH : 10-12 MAC 2011

10/3/2011 (KHAMIS)
7.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah di Masjid
8.00 PM : Forum (Pernikahan Di Alam Kampus: Relevan atau Tidak?)- Di Masjid UKM
10.00 PM : Solat Isya' berjemaah
10.30 PM : Jamuan dan Bersurai.

11/3/2011 (JUMAAT)
5.00 AM : Qiyamullail
6.00 AM : Solat Subuh Berjemaah dan Mathurat
6.30 AM : Tazkirah Subuh (Tahajjud Cinta)
7.00 AM : Bersurai.
……………………………………………………………………
8.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah
9.00 PM : Intropeksi Cinta: Aku Dibius Cinta –Di Foyer Kolej Rahim Kajai
11.00 PM : Jamuan dan Bersurai

12/3/2011 (SABTU)
8.00 AM : Bengkel Khat dan Pameran.
10.00 AM : Jamuan dan rehat
10.30 AM : Sambung Bengkel Khat
12.00 PM : Tamat Bengkel dan Pertandingan Khat Bermula
1.30 PM : Tamat Pertandingan
.............................................................
8.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah
9.00 PM : Majlis penutup MMC 2011
9.30 PM : Persembahan Kump Elhamz
10.00 PM : Penyampaian Hadiah
10.15 PM : Jamuan dan Bersurai.

APA YANG MENARIKNYA DALAM MINGGU MUHASABAH CINTA INI?








Minggu penghatan cinta yang bertemakan Muhasabah Cinta: BERCINTA HINGGA KE SYURGA ini diharap akan berlangsung dengan jayanya agar segala pengisiannya dapat dihayati serta dimanfaatkan bersama seterusnya dapat membentuk ke arah perubahan jati diri yang lebih inovatif serta berdaya saing menurut perspektif Islam. Oleh itu, Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai berharap agar program ini dapat diluluskan dan bantuan kewangan dapat diberi bagi  melancarkan program yang julung kali diadakan sekaligus memberi pertambahan ilmu kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MINGGU MUHASABAH CINTA INI.
"BERCINTA HINGGA KE SYURGA"

No comments:

Post a Comment