Tiba-tiba teringat zaman persekolahan saya. Kebanyakan sekolah agama di Malaysia mewajibkan pelajar-pelajarnya bersongkok semasa sesi pembelajaran. Dan sekolah saya juga tidak terkecuali. Tapi, ada juga yang ingkar akan peraturan tersebut. Budak-budak la katakan. Kadang-kadang tidak bersongkok apabila ke kelas. Bila terserempak dengan cikgu atau ustaz, kelam kabut menyembunyikan diri. Lawak je. Dalam satu ceramah, ustaz saya bertanya kepada pelajar-pelajarnya:
“Putera puteri sekalian, agak-agaknya, kenapa kena pakai songkok pergi sekolah?”
“Dah memang peraturan sekolah la ustaz”, pelajar-pelajar berbisik dalam hati.
Ustaz menyambung ceramahnya,
“Pernah tak nampak orang pakai songkok, kopiah pergi masuk disko? Pernah tak nampak orang pakai kopiah merempit, buat maksiat?”
Lebih kurang begitulah isi ceramahnya. Betul kata ustaz saya tu, pemakaian songkok atau kopiah mungkin dapat mengelak kita daripada melakukan kemungkaran secara tidak langsung. Hei, anda pakai kopiah maksudnya anda bawa imej Islam, anda sedang mempromosikan Islam, anda adalah duta Islam.
Songkok versus Kopiah: Which One Is Better?
Setiap orang ada pendapatnya sendiri. Jika saya, saya lebih suka memakai kopiah berbanding songkok. Alasan utamanya adalah kopiah lebih terjamin kebersihannya berbanding songkok. Kopiah boleh dibasuh dengan air. Pernah dengar orang basuh songkok dengan air? Kalau ada, memang lembik la songkok tu. Kopiah juga mempunyai pelbagai design dan seni yang tersendiri. Juga pelbagai warna. Menarik. Ada juga pendapat yang mengatakan songkok dan kopiah ini mewakili parti politik. Noktah. Tidak mahu bercerita panjang mengenainya. Faham-faham sendiri la.
Kalau anda pakai kopiah atau songkok,
JANGAN datang lewat ke kelas,
JANGAN sampai dapat result exam teruk sangat,
JANGAN masuk pawagam,
JANGAN mengorat perempuan di bus stop,
JANGAN keluar dating dengan awek di taman,
JANGAN buat wheely kat tengah-tengah jalan (buat kat dalam bilik bolehla),
JANGAN langgar lampu isyarat merah,
JANGAN potong barisan semasa beli makanan di kafe,
JANGAN masuk disko,
JANGAN......................................... lakukan kemungkaran jika anda sedang memakai kopiah atau songkok.
AWAS!! Anda sedang diperhatikan. Jangan jadi fitnah kepada Islam.
P/S: Kalau muslimin=kopiah/songkok (serban lagi bagus), maka muslimat=tudung labuh. Ingat, anda sedang bawa imej Islam.
JOM RAMAI-RAMAI IZZAHKAN ISLAM!!
Bismillah,
ReplyDeleteKadang2 manusia suka babitkan hal ini dengan politik pula. Kerana berkopiah maka dilabelkan PAS. Jika bersongkok dilabelkan UMNO. Hakikatnya ini tidak perlu ditimbulkan isu politik. Tapi lebih elok jika berkopiah.
Setuju benar jika berkopiah atau bersongkok ini dpt sedikit sebanyak menahan diri dlm melakukan kemungkaran. Kerana ianya akan memberi impak fitnah dlm islam jika golongan ini masih melakukan kemungkaran sedang mereka berkopiah atau bersongkok. Maka, diri akan lebih terjaga jika hal ini disedari.
_______________________________________
MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
-kembara seorang muslim-
@Muhammad Afiq
ReplyDeletemoga golongan bersingkok dan berkopiah mengambil berat akan peranan mereka sbg duta dan pembawa imej ISLAM.
kopiah dan songkok memang dari dulu berkait rapat dengan parti politik la.
memang dah terang lagikan bersuluh.
semua org boleh nampak.
semua org boleh nilai.
btw, itu tak menjadi pe2 masalah pon asalkan tujuan asal pemakaiannya dan niatnya adalah betul..
Wallahua'alam...
sanagt sedih jika melihat syabab yg berkopiah or bersongkok melakukan perkara2 yg dilarang. pada mereka ia sekadar hiasan tanpa sedar kepala dan seluruh jasadnya sedg membawa amanah yg akan diperhitungkan..... Astaghfirullah..... jauhkan dari fitnah yg boleh mencemarkan Islam
ReplyDeletemereka semua perlu sedar yang mereka adalah duta Islam, so,mmg kne jaga sahsiah dan tingkah laku.. moga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..
ReplyDeletePost yg Sgt menyentuh jiwa dan bermanfaat...Syukran jazilan Bro Harith...Barakallahu Fiek👍👍👍
ReplyDeletePost yg Sgt menyentuh jiwa dan bermanfaat...Syukran jazilan Bro Harith...Barakallahu Fiek👍👍👍
ReplyDeleteHi greatt reading your blog
ReplyDelete