Wednesday, November 3, 2010

Inilah Takdir Que #4

BAHAGIAN EMPAT

Kini, Que adalah seorang mahasiswa UKM. Berusaha untuk merealisasikan falsafah universiti.


“Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti.”

Falsafah yang mantap jika diukur daripada segi bahasa dan linguistik. Susunan ayat yang hampir sempurna menyentuh sanubari serta menambahkan keyakinan bakal-bakal mahasiswa untuk menjadikan UKM Bumi Perbukitan Ilmu ini sebagai opsi pertama dalam senarai permohonan universiti. Tapi, bagaimana pula dengan pelaksanaannya?

Berbalik semula kepada cerita Que.

Ya, memang KPZ adalah kolej yang paling cantik, paling besar dan paling lengkap fasilitinya. Siap ada gelanggang futsal lagi. Malahan, setiap hari suraunya diisi dengan ceramah-ceramah menarik dan bermanfaat daripada Ustaz Hazim, Ustaz Azan, Ustaz Mukmin ataupun penceramah-penceramah jemputan. Tapi, kedudukannya sangat jauh daripada fakulti Que iaitu Fakulti Sains dan Teknologi(FST). Setiap hari, dia terpaksa menunggu bas untuk pergi ke kuliah. Lebih teruk lagi, KPZ adalah kolej yang mempunyai paling ramai ‘rakyat’nya. Jadi, berebut-berebutlah dia untuk menaiki bas.

Sedang Que khusyuk mengulangkaji pelajaran di Perpustakaan Tun Seri Lanang(PTSL), Zack menghampirinya.

“Salam, Que. Lame tak dengar cerita”

“Hari-hari kau komen kat status Facebook aku, lame tak dengar cerita apa kejadahnya.”


“Kesian aku tengok kau dapat KPZ tu. Dahlah jauh betul dengan fakulti kau. Tengok aku. KAB tu. Keluar-keluar dewan kuliah, terus boleh nampak bilik aku. Bestnye…”
                                                  
“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”

No comments:

Post a Comment