Wednesday, November 3, 2010

Inilah Takdir Que #5

BAHAGIAN LIMA

Que minat beriadhah. Setiap petang, dia akan berjogging, mengeluarkan peluh.

“Akal yang cerdas bermula dengan badan yang cergas.”

Masih terngiang2 pepatah Arab yang diajar oleh Ustazah Maznah semasa di Tingkatan 2 di kelas 2 Ibnu Khaldun. Menggamit memori lama. Semasa asyik beriadhah, peluh menitik-nitik, tiba-tiba terdengar alunan nasyid yang familiar. Ibunya sedang dalam panggilan.

“Assalamualaikum, Que. Sihat nak?”

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah, sihat ibu”

“Que, kenapa tak beritahu ibu dengan ayah yang kolej Que jauh sangat daripada fakulti? Kami tahu pasal bende ni pun sebab ada orang yang sampaikan. Ayah kamu tu memang tegas. Tapi, kalau keperluan, memang ayah kamu usahakan.”

“Hm…”

“Ayah kamu dah belikan kamu motor sebijik. Yamaha 125 (peneroka FELDA sekarang ni banyak duit kot). Style,kan? Kalau kolej kamu dekat dengan fakulti, ibu rase, ayah kamu tak belikan la kot.”


“Okey. Kirim salam kat ayah ye ibu. Kate kat ayah, saye ucap terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang.”

“Sebenarnya, mula-mula ayah kamu yang nak call kamu. Last last, dia minta ibu pula yang call. Segan la tu. Takut nanti kamu kate dia dah tak garang. Padahal dia rindu sangat dengan kamu. Ayah kamu suka kalau kamu anggap dia garang tau.”

“Hehe… tau tau. Saya pun suka ayah saya garang. Like like like. Marah tanda sayang. Ibu, macam mana saye nak amik motor tu? Ibu tolong postkan boleh? Letak dalam sampul surat. Pastu bagi posmen.”

“Kamu nak kenakan ibu ye? Nakal ni. Ibu tau la macam mana nak post barang besor-besor camtu. Hm, motor tu, ibu dah postkan dah. Sekarang ni, motor tu dah sampai kat pejabat pos Kajang rasenye.”


“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Asy-Syarh 94: 5-6]

Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita rasa ia adalah suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa sebenarnya, kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan.

Kata Que dalam hati, “Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”

No comments:

Post a Comment