Sampai bilakah kita harus berjuang? |
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Laungan keramat daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Di laungkan pada tahun 1957.
Kini ia masih dilaungkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
Kenapa saya bercerita tentang merdeka pula kali ini?
Kerana saya sudah merdeka..!!
Untuk semester ini sahajalah.
Peperiksaan akhir semester satu telah diselesaikan dengan jayanya insyaAllah.
Namun begitu, perjuangan masih belum selesai.
Masih berbaki lima semester lagi pengajian saya di UKM ini.
Hakikatnya, memang perjuangan kita di dunia ini tidak henti-henti.
Bermula dengan perjuangan bersabung nyawa untuk keluar daripada rahim ibu.
Kemudian, perjuangan untuk belajar berjalan, berlari, bercakap.
Selepas itu, berjuang untuk peperiksaan akhir tahun di sekolah, UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi dan kini di universiti pula.
Tapi, perjuangan ini tidak terhenti sampai di universiti sahaja.
Kerana kita akan berjuang pula untuk berhadapan dengan masyarakat, pemimpin dan negara.
Hm, yang paling penting adalah perjuangan kita untuk menegakkan dan memartabatkan agama Islam di muka bumi ini. InsyaAllah.
Dan tidak lupa juga perjuangan kita untuk membina keluarga muslim.
Dan tidak lupa juga perjuangan kita untuk membina keluarga muslim.
Untuk melahirkan pewaris-pewaris agama yang akan meneruskan kelangsungan dakwah Islam.
Sememangnya, perjuangan ini tidak akan habis dan akan diteruskan hinggalah tiba saat waktu yg kekal abadi dan tiada penghujungnya. Di alam akhirat sana kelak.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung.
Amin.
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)”
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)”
[Al-Insyirah 94: 5-6]
Perjuangan kita xkan pernh selesai..
ReplyDeletemoga harapn memartabatkn agama,bangsa dan negara tercapai :)
@asfarina fatin redzuan
ReplyDeleteperjuangan tidak akan pernah selesai selagi kebatilan tidak dijatuhkan.
jadi kepada sesiapa yg mempunyai kefahaman mestilah berjuang habis-habisan untuk memeranginya.
btw, berjuanglah juga untuk menewaskan nafsu. bukan senang tu.
jihad nafsu tu adalah antara jihad yg terbesar dalam ranking jihad..
wallahu'alam..
Hi great reaading your post
ReplyDelete