Wednesday, November 3, 2010

Inilah Takdir Que #Final

BAHAGIAN TERAKHIR

Sebenarnya, En. Bahar sering memerhatikan Que. Didapati Que adalah seorang remaja yang mengambil berat soal solat lima waktunya, tahajud tidak pernah tertinggal, mengisi waktu-waktu terluang dengan zikir, rajin menbaca Al-Quran dan buku-buku agama, menjaga muamalat dengan wanita yang bukan mahram, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Fuh.. ciri-ciri menantu mithali. Oleh sebab itu, dia memang yakin pilihannya tidak salah.

Terdengar engsel berbunyi, menandakan pintu sedang dikuak seseorang. Mata mereka berdua beralih ke arah bunyi itu. Dari muka pintu wad, sedang berjalan seorang wanita menghampiri Que dan En. Bahar. Berjubah ungu, bertudung labuh, jalannya bersopan santun (bayangkan dalam mode slow motion dan ada efek cahaya datang daripada semua sudut), malah berpurdah lagi. Melihat matanya sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa. Umpama bidadari Syurga turun ke bumi. Secara fizikal, memang menepati ciri-ciri zaujah idaman Que.


Jantung Que berdegup kencang. Cepat-cepat Que mengalihkan pandangan. Bukan mahram. Jawapan masih belum diberikan.

“Que, inilah anak pak cik. Nurul Hidayah namenye. Puteri bongsu Pak cik. Pak cik dah ceritakan semua tentang Que kat dia. Dia bersetuju untuk menjadi isteri kamu. Itupun jika kamu bersetuju.”

Kini kekencangan degupan jantung Que sudah tidak tertahan lagi. Mahu sahaja dia berlari meninggalkan mereka dua beranak. Wajah tampannya yang putih berseri itu kini kemerah-merahan. Malu sangat la tu.

“Bagi saya masa beberapa minit ye”, Que bersuara.


Masa yang diberikan digunakan oleh Que untuk melaksanakan solat istikharah dan mendapatkan pendapat ibu dan ayah di kampung (ibu dan ayah Que berada di hospital semasa Que koma sahaja.Sehari selepas Que sedar daripada koma, mereka telah pulang ke kampong kerana ada urusan penting katanya).

Beberapa minit telah berlalu. Kini, Que mempunyai jawapannya. Dia melangkah masuk ke ruang wad dan mendekati En. Bahar. Dalam jarak lebih kurang 3meter, Que memberhentikan langkah.

Que memandang En. Bahar. Dia tersenyum melihat kehadiran Que dihadapannya, namun begitu, kedutan di dahinya jelas kelihatan. Sedang menanti sebuah jawapan.



Beberapa saat berlalu, Que meneruskan langkahnya lantas duduk di sebelah En. Bahar.

Que memulakan bicaranya,

“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang? Pak cik, jawapan saya ……….” 


Sila Klik Pada Link Ini >>  DAN JUGA...  Link Ini >>>

6 comments:

  1. alangkah baiknye kalau satiap kte mampu b'fikir mcm tu...baik atau malang? istead of merungut dgn musibah yg dtg...quote yg baik...x mlalut...padat...gud job...

    ReplyDelete
  2. syukran ya ukht.. bg ana org camni mmg wujud pon.. tapi mungkin dy pon xde la begitu sempurna so,kdg2 terlanggar prinsip hidup sendiri. ana pon hampir2 nak melalut dah tu..

    ReplyDelete
  3. wahh...agak layan cerpen ni..awal cter aq ade perasan banyak biodata que 2 same cam ko..hahaha
    idea ko menarik coz sruh org pk sendiri ending coz nk nk ikut tema cter ko '(Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?..)'
    tpi lg elok kalo pasni ko wat cter biar ade ending..xkisah la baik @ buruk ending 2..ok kwn..good luck..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah pasni bercdg nak wat sequel pasal cerpen ni.. doa2 la moge aku rajin ek..tq for reading..

    ReplyDelete
  5. @hikmah
    syukran. but stil xde eagerness nak sambung karya2 cerpen ni.. xtau la bile lgi..

    ReplyDelete