Wednesday, November 10, 2010

Bagaimana Aku Belajar?

Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan pengajian semester satu saya di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Terasa seperti baru sahaja mendaftar di sini tempoh hari. Exam terakhir yang saya duduki adalah C++ Computer Programming. Perkara yang baru bagi saya. Sebelum ini tidak pernah belajar pengaturcaraan computer sebegini. Secara jujurnya, soalan yang ditanya memang susah. Tapi, saya hanya bertawakal kerana saya yakin apa-apa sahaja keputusan yang saya peroleh adalah susunan yang terbaik oleh Allah. Siapa tahu result yang saya dapat nanti adalah nasib baik atau malang? (Ayat common dalam cerpen Inilah Takdir Que)

Sedar tidak sedar, sudah 15 tahun saya belajar secara formal. Bermula daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan kini di universiti. Bagaimana saya belajar? Saya bukanlah seorang yang suka untuk belajar secara berkumpulan. Sebab yang paling utama adalah jika saya belajar dalam kumpulan, lebih banyak sembang daripada stadi. Lagi-lagi kalau kumpulan yang dibentuk adalah ramai ahlinya.

Gambar semasa form 3. Kelas prep malam di 3 Ibnu Khaldun. Ramai dalam gambar ni yang pindah selepas PMR (Daniel, Faridzul, Wafiy, Opie, Afiq dan Amir Firdaus). Masa ni semua kurus-kurus lagi. Sekarang...??

Namun begitu, saya tidaklah menolak kebaikan yang diperoleh jika kita belajar dalam berkumpulan. Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa, jika kita stadi dalam kumpulan kita dapat mengingati pelajaran tersebut dalam jangka masa yang lebih lama daripada belajar sendirian. Mungkin kerana faktor persekitaran. Kita akan terbayangkan kita berada di tempat itu sambil mengingati apa yang kita bincangkan. Ha..!! itu secara teori la.

Secara peribadi, saya memilih untuk mengadakan kumpulan belajar untuk membincangkan soalan-soalan yang sukar. Jika tujuannya adalah untuk membentangkan tajuk masing-masing yang telah dibahagikan, saya tidak akan berada di situ. Sangat membosankan. Lebih baik baca sendiri di dalam bilik.

Jika anda belum membaca dan tidak pernah mencuba untuk memahami mana-mana topik, saya nasihatkan anda belajarlah sendirian di dalam bilik dahulu. Baca dulu, cuba fahamkan dulu. Jika anda terus berada dalam kumpulan belajar, anda akan ‘blur’ dan tidak akan dapat manfaat daripada perbincangan dalam kumpulan tersebut.


Apa-apa yang saya katakan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya. Saya lebih memilih untuk belajar sendirian kerana saya sememangnya sangat memerlukan suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan. Saya tidak memaksa anda mengikut cara belajar saya. Tapi terpulanglah kepada kesesuaian kondisi pembelajaran sendiri.

Belajar secara berkumpulan ataupun bersendirian, kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment