“…Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim : 7).
“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (QS. An Naml : 19).
[ZAMAN KANAK-KANAK]
Bestnya jadi orang dewasa. boleh dapat gaji dan dapat beli apa-apa sahaja yang aku mahukan. Nak beli permainan banyak-banyak. Sukanya...
[ZAMAN DEWASA]
[ZAMAN DEWASA]
Alangkah seronoknya kalau aku dapat kembali ke zaman kanak-kanak. Tak perlu fikirkan apa-apa masalah. Makan, tido, pergi sekolah. Makan, tido, pergi sekolah. Bestnya…
~ Manusia tidak pernah puas dgn apa yang berada di depan mata.
[ZAMAN SEKOLAH]
Tak best la duduk asrama sekolah ni. Skema sangat. Lagi best jadi budak university. Tak la terikat sangat dengan peraturan. Enjoy je.
[ZAMAN UNIVERSITI]
[ZAMAN UNIVERSITI]
Seronok betul masa di sekolah dulu. Banyak masa dengan kawan-kawan di asrama dan kelas. Di universiti ni, ramai buat hal-hal sendiri je.
~ Isilah zaman yang sedang kita lalui dengan sebaiknya supaya tidak menyesal apabila ia berlalu nnti.
[MASA BELAJAR]
Sudah lama tak balik kampung. Rindulah pula dengan ibu dan ayah aku. Belajar kat sini pun stress je. Nak balik lah. Tenangkan fikiran setelah penat memerah otak kat universiti ni.
[MASA CUTI SEMESTER]
Adus!! Bosannya duduk di rumah. Tak tahu nak buat apa. Bilalah nak habis cuti ni?
~ Penuhi masa cuti dengan program-program berfaedah. Jangan buang masa dengan benda-benda lagho.
[ZAMAN BUJANG]
Kalau dah kahwin, makan pakai ada orang tolong jaga. Balik-balik sahaja dari tempat kerja, ada orang sambut dan makanan telah terhidang. Kalau penat, badan sengal-sengal, ada orang urutkan.
[ZAMAN BERUMAHTANGGA]
Bising betullah bini aku tu berleter. Panas telinga aku. Nak keluar jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Huh! Nak marah, sayang pula. Zaman aku bujang-bujang dulu best je.
~ hidup ini, jangan selalu mengeluh apabila ditimpa masalah. Tapi, carilah jalan untuk menyelesaikannya.
[ZAMAN ANAK KECIL-KECIL]
Hari-hari jemput anak-anak dari sekolah. Penat. Masa cuti sekolah nanti, mulalah semuanya ajak melancong sana-sini. Sebelum mula sesi persekolahan, shopping barang-barang sekolah mereka pula. Pening apabila difikirkan. Kalau mereka sudah besar nanti senang sikit hidup ni.
[ZAMAN ANAK BESAR-BESAR]
Huh! Nak menjenguk orang tua dia ni di kampong pun susah sangatkah? Sedih betul. Teringat zaman mereka kecil-kecil dulu. Meriahnya rumah ini.
~ Sentiasalah mengingati kedua ibu bapa kita di rumah. Hubungilah mereka untuk bertanya khabar dengan kerap. Doakan kesejahteraan dan kebahagian mereka di dunia dan di akhirat.
[ZAMAN BEKERJA]
Penat betullah hari-hari kerja. Setiap hari buat kerja sama sahaja. Cuti pun, tak macam cuti. Tempat kerja dahlah jauh. Pencen nanti bolehlah rehat sahaja di rumah. Tak sabarnya menanti saat itu tiba.
[ZAMAN PENCEN]
Dulu-dulu selalu juga jumpa kawan-kawan di tempat kerja. Dapat sembang-sembang. Hadiri macam-macam sambutan yang dianjurkan pejabat. Sekarang ni, berjalan pun sudah tak larat. Duduk di rumah sahajalah jawabnya.
~ Tiada hari esok jika tiadanya hari ini. Laluilah hari ini dengan sebaiknya untuk kebahagiaan pada hari esok.
Begitulah manusia. Tidak pernah bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki. Tidak pernah bersyukur dengan apa-apa yang berada di depan mata. Selalu membiarkan masa berlalu dengan sia-sia sedangkan mereka tahu bahawa masa yang berlalu tidak boleh berulang. Jangan sampai berlaku sebegini:
[DI DUNIA]
Alangkah seronoknya duduk di dunia. Rumah besar, kereta besar, hidup mewah, banyak duit, isteri banyak.
[DI ‘SANA’]
[DI ‘SANA’]
Menyesalnya aku. Semasa di dunia dulu, aku langsung tidak ingat ALLAH. Jangan kata nak solat malam, nak ucap Alhamdulillah, teima kasih ALLAH pun jarang. Alangkah ruginya aku di dunia...
Nauzubillahimin zalik.
Sama-sama kita renungkan. Pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8).
Wallahu’alam.
sme level BESnye dgn 'Inilah Takdir Que'..
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteis that compliment or what?? tapi yg Inilah Takdir Que tu cerpen lorh.. yg ini lak bukan cerpen.. btw, TQ for commenting..
entri yg sgt menarik..sbg peringatan kpd semua insan yg seharusnya bersyukur dgn ape yg dimiliki dan diperolehi..teruskan usaha anda..semga sentiasa dirahmati dan diredhai Allah..:)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletesyukran atas peringatan bersama.
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah sangat pnting untuk melahirkan rasa syukur atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita.
jika kita sbg hambaNya sering sahaja mempertikaikan takdir, adakah itu yang sepatutnya kita lakukan kepada Allah yang menciptakan kita?? sama2 renungkan..
wallahu'alam
hmm,,,
ReplyDeletenice~
tu lah lumrah manusia kn,,
x pnh bersyukur ngn ap yg ad,,
tp bile Allah tarik nikmat tuh,,
baru la nk menyesal,,,
(^^)
Deletehaha.. klaka la.. sonok2.. good job~~
ReplyDelete(^^)
Delete