Harith Faisal dalam sisipan Varsiti Berita Harian?
Entah macam mana beberapa minggu sebelum sambutan kemerdekaan, saya dan sahabat-sahabat pimpinan ISIUKM dan PMUKM telah ditemuramah oleh wartawan daripada Berita Harian. Mereka ingin mendengar pendapat kami mengenai semangat patriotisme yang kian luput ditelan masa. Alhamdulillah, masing-masing berjaya memberikan pendapat tersendiri sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh pihak Berita Harian.
Sebenarnya, memang ini pengalaman pertama ditemuramah. Antara sahabat saya yang turut ditemuramah pada ketika itu adalah Ahmad Shukran Bin Shaharuddin (Timb. Presiden ISIUKM), Muhamad Razif Bin Ahmad (S/U Agong ISIUKM), Abdullah Sani Bin Hashim (Exco Lajnah Dakwah dan Integriti Nasional ISIUKM), Ahmad Muzzammil Bin Mohd Hairi (Presiden PMUKM) dan Ehsan Bin Isa (Exco Kebajikan PMFST).
Diharapkan agar apa-apa yang kami kongsi dapat menjadi ibrah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya. Semuanya boleh didapati dalam sisipan VARSITI BERITA HARIAN bertarikh 30 Ogos 2012.
Salah Guna Internet
Bagi pelajar Sarjana Muda Sains Aktuari UKM, Harith Faisal Mohd Imam Ma'arof pula, kemudahan mendapatkan maklumat menerusi medium seperti Internet boleh memberi sisi negatif kepada anak muda terutamanya jika maklumat yang diterima tidak berasaskan fakta yang sebenar.
"Kita perlu terima perkara ini, kerana zaman semakin canggih dan kita tidak boleh berundur, namun semua kebebasan perlu ada batasnya, satu sistem yang mengawal pemikiran anak muda perlu ada"
"Setiap individu perlu tahu tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, keluarga , masyarakat, sebagai warga negara, mahasiswa supaya boleh memahami peranan yang perlu dimainkan untuk mengekalkan kesejahteraan negara," katanya.
# Apa yang paling tidak menyeronokkan bagi seorang fotografer?
Jawapan: Jarang ada gambar sendiri sebab sibuk snap gambar orang lain je. (--)'
No comments:
Post a Comment