Monday, January 24, 2011

FPI: Dengki Dengan Mereka

Beberapa hari lepas, saya telah update status Facebook saya. Status itu lebih kurang macam ini:

"Kadang-kadang, terasa iri hati dengan kawan-kawan daripada Fakulti Pengajian Islam (FPI). Mereka dapat belajar banyak ilmu akhirat tiap-tiap hari, dapat belajar Al-Quran dan hadis-hadis, belajar Bahasa Arab, dapat selalu berdamping dengan orang-orang alim ulama'. Mesti dapat banyak barakah. Memang teringin berada di tempat mereka. Namun, pilihan telah dibuat. Hidup mesti diteruskan.
~ Now, struggling in FST for Actuarial Science!!"


Dan respon yang saya dapat daripada pengguna-pengguna Facebook adalah:

“Fardu kifayah harus kita laksanakan! For the good of ummah too... Hehe

“Saya juga merasa perkara yang sama sejak dari dulu. Tapi, kena redha. Allah dah pilih kita di bidang kita sekarang. Orang yang belajar ilmu dunia diperlukan lebih banyak daripada orang yang belajar ilmu agama untuk mahir dalam ilmu-ilmu dunia supaya umat Islam tak mundur, berdepan dengan musuh-musuh Islam yang semakin maju dalam banyak bidang. Jadi, jadilah saintis yang mengamalkan Islam dalam seluruh hidupnya walaupun bukan seorang ahli di bidang agama, insyaAllah”

“Bertuahnya kamu kerana ada ilmu tambahan yang tak ada pada orang yang belajar pengajian Islam, iaitu 'Actuarial Science'! Islam is your deen, so even if u are not in FPI courses, you will still search for the 'ilm of akhirah while struggling in Actuarial Science, because you know your role as a Muslim. But let me ask, is there any FPI students who will bother theirselves to take extra classes n study Actuarial Science (just for the addition of knowledge, no specific reasons to study Actuarial Science) while studying the Islamic courses? The answer is NONE or SUPER-FEW. See you got the bonus there!”

“Okey je. You finish this field then continue to Islamic studies. Timing je kena betul

"Salam. Hanya sekadar perkongsian. Kalau nak tahu, kat Mesir ni pelajar-pelajar agama yang sangat cemburu dgn pelajar-pelajar perubatan kerana pelajar perubatan berada di aliran fardu kifayah tetapi dalam masa yg sama seiring dengan pelajar agama mengejar fardu ain. Kiranya di sini persaingan dalam mengamalkan agama itu jadi seakan kewajipan pada semua tidak mengira apa bidang sekalipun. Nak katanya di sini, kita yang berada di aliran sains ini sebenarnya beruntung kerana kita diberi anugerah kasih sayangNYA untuk membawa fardu kifayah dan fardu ain seiring. Yang penting bagaimana caranya mahu mendapatkn ilmu itu. So, jangan rasa cemburu dengan mereka yang merupakan pelajar agama kerana tanggungjawab kita sebagai pelajar sains juga tidak kurang beratnya. Memanfaatkan pengetahuan sains seiring agama itu sukar tanpa niat yg betul. Smile yaa. Wasalam."

“Kalau pelajar agama sndiri tak tunjuk Islam yang betul, maka terfitnahlah Islam kerananya.”


Semua respon yang diberikan benar-benar belaka. Terima kasih sahabat sekalian. Jadi, kepada pelajar-pelajar FPI, berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi role model kepada masyarakat. Tunjukkan sahsiah terbaik. Ketahuilah bahawa, Allah memilih kalian untuk berada di tempat kalian sekarang sedangkan ramai lagi yang mahukannya. Tapi, pelajar-pelajar daripada fakulti lain juga mesti sama berusaha menjaga akhlak dan menjadi penyokong dan pendokong agama Allah ini. InsyaAllah.

Wallahu’alam.

P/S: Pelajar Sains Aktuari boleh belajar ilmu-ilmu agama melalui ceramah, forum dan apa-apa majlis ilmu. Sedangkan hampir mustahil untuk pelajar pengajian Islam untuk dengan rela hati menghadiri kuliah-kuliah berkaitan Sains Aktuari dan sebagainya. Bersyukurlah dengan takdir Ilahi.

3 comments:

  1. coretan yang anda nukilkan mmg amat menarik..namun ble x anda bold kn tulisan yang tertera d blog anda sbb sy xdpt nak membacanya

    ReplyDelete
  2. @Joo lee ya
    terima kasih kerana sudi singgah di blog ni..
    saya rase, saudari xhabis loading blog ni kot..
    tu yg xnampak tulisan tu..
    sebab backgroud dy spatutnye warne gelap..
    so dgn warne tulisan kelabu/biru cerah sepatutnye dah boleh nampak dgn jelas..
    maaf atas segala kesulitan..
    dtg la melawat lagi ke blog ni..
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah
    post yg agak menarik n bgus.
    saudara,,betul tu ilmu agama adalh wajib n kita yg berada dialirn sains spetutnya bersyukur bcoz it is a bonus for us. ilmu itu byk tp klu tak amalkn xjdkn? n jk ckit tp diamalkn amat bermakna( kita semakin dekat dgn PENCIPTA..wallahua'lam..

    ReplyDelete