Thursday, April 28, 2011

New Template - Greyzed: Kenali Admin Melalui Blog

Hukum alam. Yang lama akan digantikan yang baru. Dan selepas beberapa ketika, yang baru ini akan menjadi lama, dan akan digantikan pula dengan sesuatu yang lebih baru. Samalah kitarannya dengan template blog saya ini. Silih berganti, sememangnya pasti.

Dan baru-baru ini, saya telah menukarkan template blog saya kepada template Greyzed - Klik sini untuk download Greyzed template. Sangat tertarik dengan Greyzed itu. Kerana apa? Nantilah saya akan ceritakan. Inilah dia template Greyzed yang saya katakan tadi.


Alasan kenapa saya memilih Greyzed sebagai template blog terbaru saya adalah kerana:
1. menggunakan corak-corak abstrak (tak suka corak-corak skema).
2. warna cerah.
3. mudah diedit.
4. nampak lebih sempoi.
5. memang sangat memuaskan hati.
6. sesuai dengan jiwa saya.
7. mungkin dah jodoh.

Melalui pemilihan design template dan cara penulisan blog sahaja, kita boleh tahu bagaimana personaliti dan perangai serta kecenderungan si pemilik blog. Boleh percaya ke?

Nak dijadikan cerita, seorang kawan saya telah singgah di blog saya dan membaca entry-entry saya. Beliau mengatakan bahawa dia dapat menilai diri saya selepas melihat blog saya ini. Menarik. Apa yang dia kata? Dia kata, saya adalah seorang yang tidak sukakan warna yang begitu terang, sempoi, tidak sukakan fakta mahupun teori dan suka bercerita. Betul ke? Biarlah. Nilailah sendiri.

Kronologi template blog saya bermula daripada terciptanya blog ini pada September 2010. Pada peringkat permulaan berjinak-jinak dalam arena blogging ini, bukan mudah sebenarnya untuk mengedit template, terhegeh-hegeh. Apatah lagi mencari template yang sesuai dengan konsep pembawaan blog saya ini.

Blog saya bermula dengan template-template yang berwarna gelap. Namun begitu, apabila difikirkan semula, warna gelap tidak sesuai dengan konsep penyampaian yang ingin saya bawa. Jadi, saya terus-terusan mencari template yang berwarna cerah untuk dimuatnaikkan dalam blog saya ini. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua dengan Greyzed yang sangat memikat hati.

Antara template blog yang pernah saya gunakan untuk Bingkisan Hati Coretan Kata ini adalah:





Buat masa ini, memang Greyzed adalah yang terbaik dan sesuai dengan Bingkisan Hati Coretan Kata. InsyaAllah, Greyzed akan berbakti kepada blog saya lebih lama daripada template-template yang sebelum ini.

Semoga dengan bertukarnya template blog saya ini, dapatlah memberi nafas baru kepada mood pembaca dan meningkatkan semangat saya untuk berkongsi pendapat dan pengalaman seharian saya melalui update-update entry yang akan datang. Nantikannya..!!

Wallahu’alam.

1 comment: