Wednesday, May 11, 2011

Diariku Seorang Guru: Abang Atau Cikgu?

Masa ni dah lepas habis kelas.
Tu yang necktie tak berapa proper tu.
“Abang, nanti nak panggil abang macam mane ye? Nak panggil abang ataupun cikgu?”

Persoalan yang paling kerap di tanya kepada saya sehari dua ini. Mengapa? Nanti akan terjawab.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan kamu merancang. Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. (Al-Imran Ayat 54)

Tidak pernah terfikir yang saya akan ditawarkan untuk mengajar di SMKA Slim River. Sekolah yang dicintai bersama kenangan yang tercipta di dalamnya yang saya sangat rindui. Namun, perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah membuka hati dan memberi ilham kepada guru-guru saya untuk memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi guru ganti bagi menggantikan seorang guru yang akan mengambil cuti bersalin (Ayat skema).

Melapor diri pada 9 Mei 2009. Diberi taklifan untuk mengajar Matematik dan Matematik Tambahan. Kelas yang bertuah adalah kelas 1 Ibnu Sina, 4 Ibnu Rusyd dan 5 Ibnu Taimiyyah. Bertuah ke? InsyaAllah bertuah. Hehe.

Musim Exam

Hari pertama sebagai guru ganti. Bersemangat walaupun ada sedikit segan-segan kucing. Sekarang ni musim mid year exam. Jadi, secara automatiknya, saya akan jadi pengawas peperiksaan. Pengalaman pertama melihat orang lain menjawab exam dengan kepeningan sementara saya boleh meronda-ronda di dalam exam hall tersebut. Like.


Masih belum mula mengajar di kelas-kelas. Saya memandang ini adalah satu peluang untuk saya menyesuaikan diri dahulu dengan suasana pembelajaran di sini sebagai seorang guru. Perlu ke? Hei, tersangatlah perlu tau tak? Proses adaptasi itu sangat penting supaya tidak kekok semasa mula mengajar nanti.

Kebetulan pada hari yang sama, junior saya batch SPM 2009 mengadakan reunion di sekolah ini. Ada makan-makan sikit. Semua guru dijemput hadir. Jadi, secara tidak langsung saya juga terjemput sekali untuk acara makan-makan tersebut. Ramai juga batch 2009 yang hadir, hampir mencecah 50 orang. Cukup untuk membuatkan guru-guru terharu lebih-lebih lagi Sambutan Hari Guru semakin hampir.

Dalam ucapan Tuan Pengetua, Ustaz Zainul Arifien dalam jamuan tersebut, pesanan beliau yang paling best adalah,

"Kepada bekas pelajar puteri, janganlah makin lama, makin singkat (tudung). Yang lelaki pula, janganlah datang lagi lain kali pakai seluar pendek pula."

Ahaks..!! Pikir sendiri la.








Abang atau Cikgu?

Hm, kekok. Itulah perkataan yang paling sesuai apabila diri ini dipanggil dengan gelaran Cikgu. By the way, siapa suruh nak sangat jadi cikgu ganti? Takkan nak suruh junior-junior ni panggil saya ‘pak cik’ pula, kan. I’m stil young okay.

Sebenarnya bukan saya sahaja yang kekok, malah junior-junior saya yang mengenali saya sebelum ini juga agak kekok menggelarkan saya dengan gelaran CIKGU tersebut. Macam lawak je, kan. Cikgu kena professional meh. Jadi setelah mendapat nasihat daripada ‘rakan-rakan guru’ yang lebih senior, langkah yang terbaik adalah, kalau dalam sesi pembelajaran perlu menggunakan gelaran CIKGU dan kalau luar daripada sesi, bolehlah nak panggil ABANG atau yang sama maksud dengannya. Noktah. Tiada kompromi. Bagi junior yang tidak pernah mengenali saya sebelum ini, insyaAllah tiada apa-apa masalah.


Penutup

Medan dakwah yang berbeza memerlukan kita untuk mengubah corak pemikiran seorang daei. Mad’u sekarang bukan lagi dalam kalangan mahasiswa mahasiswi, tapi adalah kelompok pelajar sekolah menengah agama. Cabarannya lebih mudah atau lebih sukar? Ah..!! Allah tidak memandang hasil kerana hasil itu sememangnya datang daripadaNya, yang dipandang dan dinilai olehNya adalah usaha kita ke arah itu. Itu yang lebih utama. Tapi usaha pun kenalah bersungguh-sungguh dan bukannya seperti melepaskan batok di tangga sahaja. Misi kini adalah menyelesaikan apa-apa yang tak sempat diselesaikan suatu masa dahulu supaya tiada lagi penyesalan setelah tamat berkhidmat nanti.

Nak wish untuk diri sendiri la:

“Cikgu Harith, Selamat Datang Ke Dunia Baru. Dunia Perguruan.”

20 comments:

  1. > shukran ijtihad
    smart la sangat. hehe.. sampai hari ni, belum boleh mula mengajar.. sembang2 camtu je dgn budak2..

    ReplyDelete
  2. bertuah gila kau...aku yg amik kursus perguruan pon xmampu lagi nak mengajaq kelas...apa2 pon..tahniah la weh...

    ReplyDelete
  3. > shukran ijtihad
    taaruf tu kan penting.. first impression juga penting..

    ReplyDelete
  4. > subuhmenjelma
    Hari Guru ek?? rase macam bersalah je nak datang sambutan Hari Guru kat skul tu.. baru start kot..

    ReplyDelete
  5. > myacarisa
    tq2.. doakan aku jadi cikgu yang berjaya.. pon boley..

    ReplyDelete
  6. > TintApEna
    alhamdulillah, rezeki masing2.. btw, anuar ahmad pon ngajo gak kat skul kat manjung tu.. dy cuti lagi awal.. dari bulan februari dlu.. nnti ko apply la wat praktikal kat SMKA Slim River tu..~

    ReplyDelete
  7. semoga tros mnjadi guru muslim ygbukn shja mngajar bhkan mndidik ank murid ke arh Islam sebenar..
    gudluck ckgu harith...
    selamat ari guru..:)

    ReplyDelete
  8. > Anonymous
    thanks for the wish.. btw, tugas guru untuk mendidik lebih sukar daripada mengajar.. tapi, kedua2nya patut dilaksanakan beriringan supaya seimbang.. doakan moga saya dapat buat yg terbaik utk Islam..

    ReplyDelete
  9. kenangan menyambut Hari Guru pada tahun ini sangat best...!!

    ReplyDelete
  10. citer la pasal sambutan hari guru ary nieh :)

    ReplyDelete
  11. > n o r z a h r i h a
    thanks coz ingatkan aku. Baru je siapkan entry Sambutan Hari Guru..

    ReplyDelete
  12. Tahniah2~
    Encem btul!
    (aku bole bayang muka ko cam ne)
    HAHAHA

    ReplyDelete
  13. salam tuan..selamat menikmati hari-hari sbg guru!satu pengalaman yg sgt2 best!selamat mengajar dan mendidik.=)

    ReplyDelete
  14. > -Aida Ismail-
    salam.. pengalaman 3 minggu pertama ini sudah cukup meyeronokkan.. tak sabar untuk meneruskan perkhidmatan untuk minggu2 yg seterusnya..

    ReplyDelete
  15. lps abih nie,nx panggil ape plk???
    hehehe :)

    ReplyDelete
  16. @anisanuar
    Panggil je apa2 panggilan yg kmu selesa.. hihi..

    ReplyDelete