Thursday, June 9, 2011

Kerana Kau Begitu Berharga


Entah la. Saya tak pasti adakah anda semua menyedari bahawa masyarakat kita tidak tahu dan tidak faham tentang aurat. Bahagian yang sepatutnya adalah aurat dan mesti ditutup, tidak dianggap sebagai aurat. Malah didedahkan untuk tatapan mata-mata keranjang yang bersalut nafsu serakah. Tutuplah aurat itu. Kerana apa? Kerana kau begitu berharga.


Dan satu lagi masalah yang saya teliti adalah mengenai kesedaran tentang batasan dengan yang bukan mahram. Malahan, lebih teruk lagi adalah terlalu ramai yang tidak dapat mengenalpasti siapa mahram dan siapa pula yang bukan mahram. Hasilnya? Masyarakat kita kini keliru. Masyarakat kini bercelaru.

Jadi, atas kesedaran inilah, tiba-tiba sahaja saya terfikir mengenai perkara ini: Rasa-rasanya belum pernah kerajaan Malaysia menjalankan Kempen Menutup Aurat atau Kempen Kenali Bukan Mahram.

Takkan lah pemimpin Malaysia kini yang mengaku sebagai kerajaan negara Islam tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang penting. Atau mungkin mereka merasakan Kempen Menutup Aurat ini tidak perlu ditekankan kerana isteri-isteri dan keluarga mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Jambul ditunjukkan, rambut tidak ditudungkan. Hurm, tugas sebagai ketua keluarga yang kecil sahaja tidak mampu diselesaikan, apatah lagi untuk tanggungjawab sebagai ketua Negara.

Bagaimana pula dengan Kempen Kenali Bukan Mahram? Kenapa tidak pernah dijalankan? Ala, mereka sendiri yang tidak mampu untuk menjaga batasan tersebut. Mereka sendiri yang menghulurkan tangan mereka dan menyambut ‘tangan-tangan haram’ milik yang bukan mahram untuk bersalaman tanpa mengambil kira syariat dan sensitiviti umat Islam yang lain. Pemimpin oh pemimpin, tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada kami semua.

Menutup Aurat.

Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Muhasabah: Adakah pakaian yang kita selalu pakai itu boleh dipakai semasa solat?? Kalau ia memenuhi syarat-syarat pakaian menutup aurat yang digariskan Islam, insyaAllah boleh dibawa solat.

Anda semua mungkin ada yang pernah melihat muslimat yang bersolat tanpa memakai telekung tetapi cukup dengan hanya bertudung (ikut syariat), handsock, stoking dan pakaian yang menutup aurat. Sah solatnya asalkan ia menutup auratnya dengan sempurna. Islam itu sangat mudah kan?

Ada yang mempersoalkan tentang pandangan masyarakat mengenai perkara ini. Betul tak?? Anyway, baru-baru ini, saya ada buat satu entry baru. Ala, simple-simple je. Tajuknya adalah Betulkan Yang Biasa. Biasakan Yang Betul. Boleh la baca untuk sedikit pencerahan mengenai isu masyarakat kita ini.

Ada juga suara-suara sumbang yang cakap macam ni:

“Ala, tutup aurat, pakai tudung labuh, hand sock, stokin pun belum tentu lagi hati dia baik. Maybe, yang tak pakai tudung baik hatinya daripada diorang tu..!!”

Maaf, ini bukan kempen ‘Tak pakai tudung takpa, asalkan hati baik’. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.

Jika pakaian yang kita pakai selalu itu tidak boleh dipakai semasa solat, maka setiap langkah kita berjalan di bumi ini tentu sekali diiringi dengan kemungkaran Allah lantaran kita mengabaikan syariatNya. Nauzubillahimin zalik.

KESIMPULAN:
Saya yakin dan percaya, jika kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh untuk menjayakan Kempen Menutup Aurat dan Kempen Kenali Bukan Mahram, maka semua gejala sosial dan kadar jenayah akan berkurangan dan dengan izin Allah masalah-masalah ini akan lenyap terus dari Negara kita yang tercinta ini.

Persoalannya, adakah pemimpin Malaysia pada hari ini mahu melaksanakannya? Fikir-fikirkanlah akan perkara ini jika anda adalah masyarakat Islam yang prihatin. Anda semua juga berperanan untuk mengubahnya. Kenapa? Kerana kau begitu berharga.

Wallahu’alam.

P/S: Penerangan tentang kenali bukan mahram boleh diperoleh daripada link ini:

2 comments:

  1. ingin tambah sikit tentang aurat ni.. saya petik dr tulisan saudara yang ni ye

    Ada juga suara-suara sumbang yang cakap macam ni:

    “Ala, tutup aurat, pakai tudung labuh, hand sock, stokin pun belum tentu lagi hati dia baik. Maybe, yang tak pakai tudung baik hatinya daripada diorang tu..!!

    sebenarnya memakai tudung labuh, hand sock & stokin ni bukannya penentu kebaikkan seseorang.. tetapi sedikit sebanyak ia juga mempengaruhi imej seseorang itu.. tudung, stokin hand sock itu sendiri sebenarnya merupakan satu tarbiyah kepada si pemakai untuk menjadi lebih baik..
    ianya TARBIYAH.. mudah mudahan si pemakai semolek identiti yang dibawa =)

    ReplyDelete
  2. > afifah
    syukran kerana sudi berkongsi.
    saya mmg setuju dengan pendapat tu. pemakaian menutup aurat means dia dah settle satu daripada syariat. ttg perangai tu, lain pulak la citernye.. tapi kalo kedua-dua pakaian dan perangai baik2 belaka, that's good..

    ReplyDelete