Thursday, July 14, 2011

Klise: "Cepatnya Masa Berlalu"

2003. Sudah 8 tahun berlalu.

Entahlah.
Tatkala berada semula di sana.
Segala memori datang semula.
Semua kenangan bertandang juga.
8 tahun bukanlah satu jangka masa yang sekejap.
Dahulu, aku seorang murid darjah 6.
Kini, aku sudah bergelar mahasiswa.

 Terpacul dari mulutku,
“Cepatnya masa berlalu”
Betulkah masa yang cepat berlalu?
Ataupun hanya aku yang tidak sedar,
bahawa masa berlalu meninggalkanku?
Apa yang aku peroleh sepanjang 8 tahun ini?
Adakah masaku diisi sebaiknya?
Atau lebih banyak dihabiskan dengan lagho?

Seringkali bersumpah dengan masa.
Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beramal soleh
Dan yang nasihat-menasihati dengan kebenaran
Dan yang nasihat-menasihati dengan kesabaran.
Itulah sumpahku.

-Muhasabah Sendiri


Pada 2 Julai 2011 yang lalu, saya dan beberapa orang rakan schoolmates semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang dijemput oleh Cikgu Hamimah untuk menjadi fasilitator/moderator Bengkel Matematik untuk murid-murid darjah 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.

Kesempatan ini memang ditunggu-tunggu. Dapat bersama kembali dengan kawan-kawan zaman kecilku. Bukan senang nak jumpa-jumpa macam ni. Macam-macam cerita dikongsi. Macam-macam kisah dirai. Seronok. Moga selepas ini masih deberi kesempatan untuk berkhidmat dengan sekolah rendahku.

Di sini, saya sertakan sekali beberapa gambar sebagai kenang-kenangan.









P/S: Walaupun sekolah rendah saya dekat sangat dengan rumah, tapi mmg jarang sangat pergi sana. Hehe..

1 comment: