Monday, July 25, 2011

Tutup Aurat Confirm Masuk Syurga?

Medium dakwah alternatif. Orang sekarang ni macam-macam perangainya. Jadi, cara pelaksanaan dakwah juga mestilah pelbagai. Ada orang sukakan dakwah yang sempoi. Ada juga yang mahu dakwah-dakwah yang berbentuk multimedia. Dan ada pula yang tidak suka jika dakwah dijalankan dengan tegas. Maka, pandai-pandailah para daei untuk merapati mad'u masing-masing.
Perjalanan dakwah itu tiada penghujungnya.. Kita bukan pemula, Kita juga bukan penghujungnya, Kita hanyalah penyambungnya.. Maka, jangan hentikan perjalanan ini… Teruslah berjalan..

Sekarang, masa orang ramai lebih banyak dihabiskan di depan laptop. Mr. Google, Facebook, Blog, YouTube dan lain-lain. Seorang daie mesti pandai mencari ruang dan peluang. Maka, inilah ruang yang terbaik buat masa ini. Internet.

Kepada sesiapa yang masih belum membaca post saya yang bertajuk Facebook Dan Blog Sebagai Medium Dakwah, bolehlah klik sini.

Baru-baru ini, saya terjumpa satu post yang sangat menarik daripada blog kakifacebook.com. Post mengenai "Tak Bertudung VS Bertudung". Pembawaan dakwah yang sangat kreatif. InsyaAllah mampu menyentuh hati yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jom layan..!!

No comments:

Post a Comment