Sebenarnya bukan wanita sahaja yang patut runsing jika berat bertambah, tetapi pemilik blog juga harus risau jika berat blognya bertambah dan melebihi berat yang sepatutnya. Kenapa?
Kerana blog yang berat akan menyukarkan pelawat untuk masuk ke blog anda. Masa yang diambil untuk loading blog anda menjadi lama. Maka, pelawat akan menjadi malas untuk menunggu. Kesannya, mereka tak teringin dah nak datang melawat blog anda untuk kali yang kedua, ketiga dan keempat.
Cara-Cara Untuk Mengurangkan Berat Blog
1.Jangan letakkan lagu-lagu di blog.
2.Jangan letakkan video player di blog.
3.Buang widget yang dirasakan tidak perlu.
4.Gunakan template yang tidak complicated.
5.Kurangkan latest entry displayed di homepage blog.
6.Kurangkan upload gambar-gambar yang beresolusi tinggi di sidebar dan entry.
Bagaimana Mahu Timbang Berat Blog?
Untuk timbang berat blog, anda boleh masuk ke link ini:
http://www.iwebtool.com/speed_test
http://www.webtoolhub.com/tn561353-website-speed-test.aspx
http://www.selfseo.com/website_speed_test.php
http://www.iwebtool.com/speed_test
http://www.webtoolhub.com/tn561353-website-speed-test.aspx
http://www.selfseo.com/website_speed_test.php
Berat blog saya adalah 200kb++. Ah!! Beratnya. Saya telah membandingkan berat blog saya dengan berat blog kawan-kawan saya dan ternyata, blog saya adalah yang paling berat. Malunya. Nak kena diet lagi ni.
Ada orang kata, blog yang ringan adalah below 200kb, ada juga yang kata, kalau below 120kb atau below 100kb barulah blog itu dikatakan ringan. Jadi, benda ini adalah subjektif. Asalkan blog anda mampu di’loading’ dengan cepat, itu sudah memadai. Tengoklah sendiri, ‘Load Time’ saya lebih cepat daripada kawan saya. Hehe.
Alternatif lain untuk menjadikan proses loading blog lebih cepat adalah dengan meringankan blog dengan jQuery Lazy Load. Klik sini untuk tutorial.
Mahu Penimbang Berat Blog Di Blog Sendiri? Klik sini.
Mahu Penimbang Berat Blog Di Blog Sendiri? Klik sini.
Selamat mencuba
Selamat meringankan blog anda.
Adios.
P/S: Bulan Ramadhan pun dah hampir tiba. Sangat sesuailah untuk berdiet dan meningkatkan kesihatan tubuh badan di samping untuk menambahkan amalan dan beribadat kepada-Nya. Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.
http://hidarinore.blogspot.com/
UPDATED ON 3rd AUGUST 2011!!!!
Berat blog saya telah berkurang menjadi 151.25 KB. Loading Time pula menjadi 0.18 seconds. Alhamdulillah, diet blog saya berhasil. Gambar di bawah ini menjadi bukti. Hihi..~
:) Syukran ats perkongsian.. Artikel yg unik akhi..
ReplyDelete> Mar'ah In Veil
ReplyDeleteAfwan ya ukht..
Try la,agak2 blog normal weight or obesiti ek.