Friday, December 2, 2011

Collection: My Facebook Status #3

Koleksi Status Facebook Saya #3


IKHTILAT VERSI BARU !!!!
Walau tanpa hadir batang tubuh, tanpa mimik wajah, tanpa suara segala, tanpa bersua muka, lelaki dan perempuan masih boleh bergaul, bercanda mesra, bersembang sesuka, bergurau senda dengan adanya rangkaian sosial Facebook,Twitter dll. Inilah IKHTILAT VERSI BARU . . .
~ Jom islahkan FB kita semua dengan perkara bermanfaat . . .



Orang yang mengejar akhirat, maka dunia akan ikut seiring dengannya.
Tapi, orang yang kejar dunia, akhirat akan semakin jauh dengannya.
~ Jom cari bekalan untuk ke akhirat sana.


JANGANLAH DIMINTA KECILKAN UJIAN . . . .
TETAPI MINTALAH DIBESARKAN IMAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN . . . .

Bukan kesenangan hidup yang dicari tapi keberkatan Ilahi yang diimpi.


Sebaiknya, jangan luah perasaan sendiri kat Facebook. Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati. Mengadu pada Allah itu lebih baik daripada luah kat Facebook.
~ Ustaz Azhar Idrus.


Berapa ramai anak muda yang mahu berkahwin, tetapi dihina, dikeji dan dikritik? Kononnya gatal, tidak sabar, terlalu ikutkan nafsu dan sebagainya. Orang yang mahu menyempurnakan agama dikutuk. Orang yang terang2 membelakangkan agama dan melazimi maksiat pula dipuji.
~ Kadang-kadang, saya rasa dunia ini sudah betul-betul dekat dengan kiamat.


[Persaingan Lelaki Dan Wanita]
Sifat mahu berlumba-lumba mengatasi satu sama lain. Mahu melebihi satu sama lain. Mahu mengalahkan satu sama lain. Kalau tidak pun, sifat mahu menuntut hak. Malah, mahu menuntut kesamaan atau equality.

Tidak Allah jadikan lelaki dan wanita itu untuk bersaing antara satu sama lain. Malahan lelaki dan wanita itu perlu memerlukan, kuat menguatkan, lengkap melengkapi dan hias menghiasi.

Kuat wanita itu bila ada lelaki. Mantap dan teguhnya lelaki pula bila dibantu oleh wanita.


Bersabarlah apabila melaksanakan segala perkara yang Allah suruh kita buat.
Bersabarlah apabila meninggalkan apa yang Allah cakap jangan buat.
Dan bersabarlah apabila ditimpa musibah.
~ Segalanya punya hikmah.

Secara semulajadinya, setiap insan sukakan perkara-perkara yang baik. Kalau nampak perkara yang tak baik, pasti akan rasa tidak sedap. Kalau nampak orang buat benda mungkar, mesti rasa tak suka. Hurm . . . Tapi kalau nampak benda tak baik camtu dan tak rasa apa-apa, mesti ada something wrong somewhere. Kena check diri semula la kot . . Anda bagaimana ??


Belajarlah menjadi 'aku tidak tahu' kerana jika engkau belajar 'aku tidak tahu', mereka akan mengajar engkau hingga engkau tahu.

Tetapi jika engkau belajar 'aku tahu', maka mereka akan bertanya kepada engkau sehingga engkau tidak tahu.


Mencari Yang Halal Itu Wajib . . .
~ Jom cari yang halal .

Seorang kanak-kanak yang rosak masih boleh menjadi baik asalkan dia pernah mendapatkan penjagaan seorang ibu yang baik. Sebaliknya, seorang ibu yang rosak akhlaknya, hanya akan melahirkan generasi yang rosak pula akhlaknya. Itulah sebab mengapa wanita menjadi sasaran utama untuk Yahudi hancurkan.

Kadang-kadang, memendam rasa itu lebih baik daripada terlalu terbuka.

Allah memutuskan kasih antara manusia untuk menyambungkan kasih-Nya dengan kita.


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan insyaAllah akan sihat.


Sooo.. sweett..!!
Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.



Al Islam Mahjubun Bil Muslim - Islam itu terhalang oleh Muslim.
~ Nauzubillahi min zalik. Janganlah sampai kita jadi fitnah kepada Islam.


"Perempuan yang menutup aurat tak semestinya baik, tapi perempuan yang baik sudah semestinya menutup aurat."
~ At least, satu tuntutan agama dah selesai.


Kata seorang nelayan:
Jangan belajar untuk lari dari OMBAK, tapi belajarlah untuk menghadapi OMBAK itu kerana hanya dengan menghadapinya baru aku peroleh rezekiku.

Kata seorang aku:
Jangan belajar untuk lari darpada MASALAH, tapi belajarlah untuk menghadapinya kerana hanya dengan menghadapinya barulah aku peroleh ilmu dan pengalaman yang akan mematangkanku.


Ukhwah terbina bila makan, bergelak ketawa, rehlah bersama.
Ukhwah terkukuh saat bergerak kerja, bersusah payah bersama.
~ Pahit manis bersama. Begitulah indahnnya ukhwah semata-mata kerana Allah.


Ketawa tak semestinya gembira.
Senyum tak semestinya suka.
Menangis tak semestinya berduka.
Kadang2 kawan kita ketawa bersama kita.
Tapi mungkin dia ketawa untuk menyorokkan kesedihannya.


Apa erti saya menganut Islam?
Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.


Larangan menegur dan tuntutan sabar terhadap kesalahan pemerintah itu adalah tidak mutlak. Ia dibatasi dengan ingatan Baginda SAW bahawa “Selagi mana pemerintah itu memastikan solat ditegakkan, selagi mana pemerintah itu tidak melakukan kekufuran yang bawwah – nyata tanpa boleh dipertikaikan lagi, juga selagi mana pemerintah itu tidak melakukan maksiat yang bawwah“.

Kecelikan kita semua terhadap isu-isu semasa amat penting dalam membuat penilaian, apakah unsur maksiat bawwah atau kufur bawwah itu ada di dalam masyarakat kita? Manusia yang jahil politik, atau sengaja memejamkan mata dari masalah-masalah masyarakat, tidak mungkin dapat menilainya dengan betul.


Kadang-kadang, hati ini terusik.
Kadang-kadang, hati ini terjentik.
Kadang-kadang, hati ini terdetik.
Ah!! Biarlah...
~ Jangan dilayan sangat perasaan tu.


Ada sesetengah pihak berkata:
"Walaupun pemerintah itu zalim..., tetap harus disokong selagi pemerintah itu islam dan masih bersolat....."

Pada pendapat aku yang tak berapa pandai ni:
"Kalau pemerintah yang sedia ada tu zalim.... dan pada masa yang sama ada pemimpin dari pihak lain yang lebih adil memerintah... dan sama sama islam, wajiblah kita sebagai seorang manusia yang waras dan berakal memilih yang lebih baik.... dan saya PASti dengan pilihan saya..."

ANDA BAGAIMANA?


Jangan nak mempersoalkan kenapa tidak MENERIMA apa-apa daripada orang lain kalau kita sendiri pun tak berapa nak rajin untuk MEMBERI apa-apa kepada org lain.
~ Erti Hidup Pada Memberi. Jom perbanyakkan MEMBERI supaya ramai yang dapat MENERIMA.


Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.
~ Indahnya cinta..


Cara seseorang berFacebook menggambarkan peribadinya.
~ So, beware with your status posted, comments, links sharing, likes etc...!!


Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi. Di sinilah timbul persoalan. Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?


She said: Jangan kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga sepertimu yang sedang mencari-cari segenap cahaya. Buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi. Tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, menjaga gerak geri. Kerana akhlak itu bunga diri. Dan kerna yg tertutup itu lebih indah..
~ Islam is the best way of life.



"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"
-Petikan daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-


Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah!
~ Jom cover aurat..!!


Semua orang berbeza. Lain perangai, lain ragam. Aku tak boleh jadi macam kau. Kau tak boleh jadi macam aku. Lebih baik kita cari titik persamaan. Dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baeeekkk..
~ Hidup saling melengkapi supaya terasa lebih harmoni. Serasi bersama.

Cakap banyak pun tak guna jika tiada langkah pertama. First step, kalau nak bertaubat, tetapkan niat, dan bersungguh-sungguhlah untuk bertaubat. InsyaAllah, Allah akan bantu. Allah akan hantar orang-orang soleh solehah untuk berada di sekeliling kita, untuk bantu kita, untuk bimbing kita. Ingat, first step tu penting. Jom mula…!!


Berita gembira buat para muslimat yg TAK SUKA BERTUDUNG..

Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda untuk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT... Tak kisahlah nak pakai LANGSIR ka, KAIN BATIK ka, SELIMUT ka, CADAR ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Boleh sesaje. Asalkan menepati syariat yang digariskan.
~Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya..


Saban hari kita mendengar banyak sekolah asrama BUKAN aliran agama yang ingin mewujudkan suasana Islamik di sekolah masing-masing. ini menunjukkan betapa Islam itu adalah AdDien, cara hidup yg terbaik untuk melahirkan pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
~ No wonder la, Malaysia ni kan negara Islam jugak...


Muliakah pertemuan yang dipenuhi dgn kmungkaran?
Sucikah sayang yg tercemar dgn kemaksiatan?
Halalkah hubungan yang melanggar batasan syarak?
Patutkah wujud cinta yang melebihi cinta kita kepadaNya?
~ Muhasabah diri..


"Aku adalah seorang yang jahil ugama… Andainya malaikat itu ada sifat penat lelah.., tentu mereka akan penat menulis dosa dosa aku.. Tentu mereka boring dengan Taubat yang aku mungkiri.. oh!…isk..isk.."

Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.


Alhamdulillah, tau tau je dah kawin. Bile masa bercinta? Bila masa merisik? Bila masa btunang? Bile masa beli barang2 kawin?? Semuanye xperlu nak heboh2kan sgt. Good la.. Ikut cara Islam. Islam is the best way of life. Dah kawin, baru la dihebahkan. Barakallahu lakuma..
~ Bukan apa, tapi ramai yang bercinta bagai nak satu dunia tau kisah cinta dorg (especially dalam FB). Tgk2, terputus di tengah jalan.. Nauzubillah..


Duhai sahabatku, ukhwah yang terjalin antara kita adalah cinta bersulam taqwa. Rangkaian cinta sesama manusia. Menjadi lambang keagungan cinta terhadap yang Khaliq Maha Pencipta.
~ Rindu kamu, korang, kome, antum dan semuanya..

Aku tidak akan membenci PERTEMUAN walaupun PERTEMUAN lah yang menyebabkan PERPISAHAN kerana jika tidak ada PERTEMUAN dan PERPISAHAN, maka tidak akan ada KERINDUAN yang berpanjangan.


Semakin hari semakin ramai Perancang Bandar dan Hartanah yang dilahirkan oleh FB melalui CityVille.. Dan tak lupe juga kepada pekebun2 dan peladang2 berjaya hasil daripada bimbingan latihan daripada FarmVille..
~ Rimas betul la dengan post2 dari CityVille dan FarmVille kat FB ni.


Walau diri seringkali alpa, walau dibeban segunung dosa, walau jauh dari rahmat-Nya, Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar pun.
~ Masih punya masa untuk bertaubat sebelum terlambat selagi nyawa dikandung badan, selagi roh tidak terpisah dari jasad.


Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Allah Maha Kuasa.
~ Kire bonus la kalo ada dua bende ni.

Kecik2 dah teringin nak couple. PMR pon belum lepas lagi. Bercouple ni utk org nikah je.. dah nak nikah sgt ke?? yakin ke cinta budak2 tu bleh di bawa sampai dewasa?? patut dlm umur adik2 skrg, cinta tu hanye utk parent yg lebih utama.. cintakan famili, cintakan ilmu dan yg paling utama tentu sekali cinta Allah.. pikir2la ek adik2ku...

4 comments:

  1. panjang..dan banyak isu yang dikupas..
    kalau buat entry asing-asing dengan lebih dalam,
    boleh lebih 5 entry... :)

    menarik, cara berFB boleh kenal peribadi..
    jadi, dah boleh jadi satu medium merisik lah kan?

    ReplyDelete
  2. @Cikya
    haah la.. boleh buat macam-macam entry daripada status-status kat atas tu.. nanti akan diusahakan.. syukran atas cadangan..

    ReplyDelete
  3. sgt menarik, menyentuh hati perempuan, juga menyentuh hati lelaki

    ReplyDelete
  4. @panda putih
    insyaAllah menyentuh pelbagai aspek.. dah memang namenye koleksi status facebook. hihih.. setiap hari mcm2 ilmu dan pengalaman yg dilalui, kita kongsi bersama..

    ReplyDelete