Friday, March 16, 2012

Bahasa Arab Yang Aku Lupakan

Bahasa Arab atau Bahasa Korea? Mana satu menjadi pilihan remaja untuk dipelajari. Fenomena sekarang mengatakan bahawa bahasa Korea lebih diminati oleh remaja kita. Kalau nak tahu ulasan pendapat saya mengenai isu kegilaan Korea ni, bolehlah pergi ke link ini. Korea Yang Menggila dan Digilai. Cukuplah.


Bahasa Arab adalah bahasa syurga. Malah adalah bahasa yang sangat istimewa kerana ia adalah bahasa yang digunakan dalam kitab suci Islam iaitu Al-Quran. Kitab yang menjadi panduan hingga ke hari kiamat. Solat kita juga menggunakan bahasa Arab dalam segala rukun Qauli nya. Sangat beruntung rasanya kerana saya berkesempatan untuk mempelajari bahasa ini sejak daripada kecil.




Semester keempat pengajian di UKM, berjaya mendaftar subjek Bahasa Arab Asas 1 sebagai subjek bertaraf Pilihan Bebas (PB). Setelah 3 semester teringin dan mencuba untuk mendaftar, akhirnya semester ni Allah telah permudahkan saya untuk belajar bahasa arab KEMBALI setelah meninggalkannya sekian lama.


Semester 1: Tak tahu tentang kewujudan.
Semester 2: Sudah daftar online, tapi terpaksa drop semula kerana clash dengan kelas (semasa mendaftar online, tidak dinyatakan hari dan masa untuk kelas itu)
Semester 3: Memang tidak boleh mendaftar online kerana clash dengan subjek Major (kali ini dinyatakan hari dan masa kelas itu).
Semester 4: Alhamdulillah berjaya mendaftar online dan sudah masuk minggu ke 5 belajar Bahasa Arab Asas 1.


Sejarah Aku dan Dia


Start belajar bahasa arab secara formal adalah ketika di sekolah rendah. Secara tak formal, belajar di kat rumah lah. Belajar membaca Al-Quran dan menghafal bacaan solat daripada ibu dan ayah saya. Disebabkan sudah ada basic arab di rumah, jadi, minat untuk belajar arab sangatlah membuak-buak.


Sekolah rendah, dapat belajar arab di Sekolah Kebangsaan (Sekolah Pagi) dan Sekolah Agama Rakyat (Sekolah Petang). Kalau stage sekolah rendah, selalunya kita akan diajar untuk menghafal vocabulary (perbendaharaan kata).


“Okey, hari ni, ustazah akan ajar mengenai binatang. Ustazah nak semua hafal 20 jenis binatang ni dalam bahasa arab disertakan dengan maknanya sekali. Esok, ustazah akan tanya. Ayam, itik, lembu, kerbau, semua tu lah.”


Best, hari ni belajar tentang binatang, esok pekerjaan, lusa makanan, tulat pasal nombor pula. Begitulah cara belajar di sekolah rendah. Tidak ada nahu (tatabahasa) yang diajarkan secara langsung. Pendekatan lebih kepada hafalan vocabulary.




Disebabkan minat yang mendalam untuk belajar Bahasa Arab, sebelum keluar keputusan UPSR, saya memohon SBP yang mempunyai aliran agama dan juga SMKA yang sudah pastinya beraliran agama. Dan alhamdulillah, dapat tawaran ke SMAP Labu dan SMKA Slim River. Pilihan saya? SMKA Slim River la, sebab sangat dekat dengan rumah. Hihi.


Bahasa Arab Komunikasi (PMR) Dan Bahasa Arab Tinggi (SPM)


Bertambah seronok belajar bahasa arab di sekolah menengah kerana kita juga diajar mengenai nahu secara berperingkat. Dhama’ir, Isim, Fi’il, Jar Wa Majrur, Balaghah, dan banyak lagi yang tidak saya sebutkan di sini. Ustazah Maznah dan Ustaz Zulpa adalah antara asatizah saya yang sangat banyak membantu saya dalam subjek ini. Nahu mantap, vocabulary pun mesti mantap. Kedua-duanya perlu seiring. Okey habis cerita ringkas tentang zaman sekolah menengah. Tak perlu cerita panjang kot.




Selepas habis SPM, tidak lagi boleh belajar bahasa arab dengan formal. Masuk Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) mana ada belajar Bahasa Arab dah. Semasa semester dua, pernah teringin nak keluar daripada matrik sebab teringin nak belajar aliran agama. Nak cuba apply untuk belajar di Timur Tengah di bawah seliaan Pejabat Agama Negeri. Tapi setelah fikir lebih jauh, niat dibatalkan sebab rasa macam dah alang-alang tinggal satu semester sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian di matrik. Hihi. Perjuangan mesti diteruskan!!


Aku Kini


Entri ini sekadar mengimbau kembali kenangan lalu dan minat saya kepada bahasa Arab yang tidak pernah padam. Namun, kenyataan yang perlu saya terima adalah, dalam kelas Bahasa Arab Asas 1 itu telah dibuktikan bahawa saya adalah seorang manusia. Manusia yang mudah lupa. Banyak vocabulary yang dahulunya sering kali berlegar dalam kepala, kini jenuh untuk dikeluarkan kembali. Entah ke mana hilangnya. Ilmu nahu yang dahulunya selalu digunakan untuk menulis insha’ (karangan) arab, kini hampir lupa sebahagian besarnya.


Allahurobbi, memang benar aku adalah seorang manusia yang mudah lupa. Semoga dengan subjek Bahasa Arab Asas 1 ini, saya dapat kembali kepada saya yang dulu. Namun, yang pastinya minat saya kepada Bahasa Arab tidak pernah luntur. Alhamdulillah masih dikekalkan semangat dan kefahaman ini.

10 comments:

  1. arab sgt bestt.. hee.
    rajin2 lah bukak youtube..tak lah lupa semua.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat.
      Lain feelingnye belajar daripada Youtube berbanding belajar dgn asatizah..
      hihi..

      Delete
  2. ahh.. samalah kita.. walaupun skrg amik sbjek b.arab tp tetap lemah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala tu.. nama pun manusia. ade je kelemahan.
      tapi takpa. yang penting adalah keinginan untuk belajar..

      Delete
  3. pergh,,terasa sgt2,,skang ni pun studi + blaja balik b.arab tinggi sb kena jd part-timer ajar adik2 form 4,,sume vocab da ilang,,

    btw,,nape xmasuk smap labu??kalo x,musti kita da kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually mmg nak masuk SMAP Labu pun.. dah siap beli barang2, kasut sukan, dll.. then sehari dua sebelum nak daftar SMAP Labu tu, dapat pulak offer SMKA Slim River.. so, automatically, memilih sekolah yang paling dekat.. so far, tak meyesal dengan keputusan itu.. hihi..

      Delete
  4. as long nta ta pernah nak tinggal bahasa ahli syurga, it's ok. lagi 1, anak2 melayu sekarang sudah meninggalkan tulisan jawi. Ana sekarang stat tulis tulisan jawi sebab terbaca teguran ustz Yahya Othman kepada syabab pada ijtima tarbawi 1st - kenapa syabab xtulis dalam jawi. boleh lah, amalkan menulis jawi, belajar bahasa Arab continuously, agar tidak pudar...

    Ajak anak2 usrah tulis jawi jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menariknya ajar dan biasakan anak usrah menulis jawi.. tulisan jawi semakin ditelan zaman. semoga ada usaha untuk mempromosikan semula tulisan unik ini.

      Delete
    2. sebenarnya susah, nak ajak orang tulis jawi. bukan kata nak tuis, membaca jawi pun agak bertatih di situ... kelemahan kepada kita sebagai anak Melayu yang dititpkan dengan tulisan jawi, tapi lama kelamaan hilang kerana tiada praktis.. kita lah yang sepatutnya meneruskannya..

      Delete
    3. Hilangnya tulisan jawi sebab wujudnya tulisan rumi la kot ek? Tulisan jawi seakan-akan tulisan dalam bahasa arab. Kalau semua orang malaysia menguasai jawi, insyaAllah mudah untuk memepelajari AlQuran juga. tiada lagi wujud manusia yang tak tahu baca AlQuran walaupun umur dah lanjut.

      Delete