Friday, March 16, 2012

Korea Yang Menggila dan Digilai. Cukuplah.



Argh..!! Sana sini sibuk bercerita tentang Korea. Dua tiga tahun kebelakangan ni memang Korea sangat popular di seluruh dunia dengan siri drama romantiknya. Ditambah pula dengan pelakon-pelakonnya yang menjadi igauan dan idaman setiap manusia yang memandang kecantikan dari sudut fizikal tanpa mengambil kira aspek spiritual.


Desktop background laptop milik remaja perempuan kita dihiasi dengan dengan pelakon korea idaman mereka. Taksubnya.Tak tahu nak tulis nama-nama pelakon tu, tak pernah nak ingat. Malah remaja lelaki juga tidak terkecuali sebenarnya. Kadang-kadang terkantoi juga apabila dengan tidak sengaja terkeluar dan terpacul daripada mulut mereka rentak lagu-lagu Sountrack dari mana-mana siri drama yang mereka pernah tonton. Kantoi sudah.




Memang terbukti ia satu fenomena di UKM juga kerana kelas yang ditawarkan untuk subjek Bahasa Korea sentiasa mendapat permintaan yang tinggi untuk dipelajari setiap semester. Berebut-rebut untuk mendaftar di kelas Korea semasa minggu pendaftaran subjek. Huh. Nasib baik, pendaftaran subjek di UKM dibuat secara online, kalau daftar dalam dunia nyata, mungkin bertolak-tolak, bergaduh-gaduh bagai. (--)


Mengisi masa lapang?


Hakikatnya, tiada masa lapang yang patut diluangkan untuk menonton drama korea. Satu drama, ada lah dalam 10-15 episod. 1 episod mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. 30 jam diperlukan untuk menghabiskan satu drama. Katakanlah sehari kita ada 2 jam masa terluang, 15 diperlukan untuk khatam 1 drama.


Tapi sebenarnya wujud juga makhluk-makhluk yang sengaja meluangkan masanya 5-10 jam sehari semata-mata kerana drama korea ini. Sedara, ini namanya bukan menonton drama korea untuk mengisi masa lapang, tapi adalah melapangkan masa untuk menonton drama Korea. Sila fahami statement itu ya.


Suka tengok pelakon-pelakon Korea.


Iya, memang mereka cantik-cantik dan hensem-hensem belaka. Berkulit putih mulus, tinggi menawan, senyuman menggoda dan segala macam adjektif yang menggambarkan kesempurnaan. Tapi, sedarlah dalam dunia nyata. Mereka di Korea, sedangkan anda di Malaysia. Berangan nak dapat pasangan yang fizikalnya seperti mereka? Ok, terpulanglah. Tapi kita kena ingat, baik lelaki atau perempuan, jika melihat jantina yang berlawanan dengan nafsu maka sangat ditegah dalam Islam.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)




Bahana Ketagih Drama Korea


Ringkasnya, tidur tak cukup kerana kebanyakannya menonton drama Korea pada malam hari, marathon sampai subuh. Kemudian lepas solat subuh, terus tidur sampai zohor.


Masuk kuliah, mengantuk sebab tak cukup tidur. Kuliah pula mula pada pukul 8 pagi. Tidak dapat menumpukan perhatian kepada kuliah. Kesan jangka masa panjang, akademik terjejas.


Kurang bersosial dan menjadikan kita seorang yang introvert. Terperap sahaja dalam bilik, melayan Korea Drama sampaikan roomate dan kawan-kawan sendiri pun diabaikan. Petang korea, malam korea, pagi korea. Cukup-cukuplah, berilah masa untuk bermasyarakat sedikit. Mereka memerlukan anda.


Pahala Memandang Mereka.


Namun tidak saya nafikan ada juga yang berjaya dalam hidup dan akademik walaupun mereka adalah hantu drama Korea. Terpulang kepada mereka kerana mereka pandai untuk menyeimbangkan kehidupan drama dan realiti sebenar.




Sahabat-sahabat sekalian, daripada ketagih memandang artis Korea, lebih baik kita rajinkan diri memandang kedua-dua ibubapa kita. Setiap kali kita memandang mereka, insyaAllah dapat pahala. Siapalah artis korea itu berbanding ibubapa kita?


Rajin-rajinlah pulang ke kampung jika berkelapangan. Jangan sampai mereka call kita, minta kita balik, tapi kita kata kita sibuk. Padahal dalam UKM sibuk menonton drama Korea sahaja. Lol.. ^^

12 comments:

  1. haha , klaka pon ade bace entry neh . hehe . naseb tak kena batang hidung saya . HEHE .
    banyak buang masa betui layan korea neh . astaghfirullah .

    ^__^W <-- tanda "peace" baru . :D haha ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure ke tak kena batang hidung.. mungkin hampir kena kot.. hihi.. (^^)/

      Delete
  2. entry ni kasi buka sikit mata yang gilai sgt korea 2.

    ReplyDelete
  3. korean wave dah nak berlalu...dulu fenomena indonesia..pastu indie band...then korea..lps ni??

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. filipinoo dah lame dlu dah.. xde la wave sgt.. biasa2 je..

      Delete
  5. Makan dalam betol bace ny ^^ . tapi xde la terabai masyarakat . hihi .

    ReplyDelete