Friday, March 9, 2012

Si Kecil Yang Bercinta. Apabila Hilangnya Seronok Beragama



Awak dah tidur ke belum? Ingat saya dalam doa awak tau.
Esok kita jumpa ya. Saya rindu sangat dengan awak.
Sayang, saya jeles la awak selalu sembang dengan perempuan tu.
Saya sayang awak sangat-sangat. Semoga cinta kita kekal selamanya.


Siapakah penulis ayat-ayat di atas? Percaya atau tak kalau saya katakan bahawa bait-bait kata cinta jiwang karat ni diluahkan, ditaip dalam mesej-mesej handphone, ditulis dalam surat-surat cinta oleh adik dan anak-anak kita yang masih bersekolah rendah? Perhatikan adik-adik dan anak-anak anda ya.




Ala biarlah. Diorang kecil lagi, Nanti dah besar nanti, pandai-pandai lah fikir sendiri. Kalau diorang bercouple pun, bukan berdosa pun. Tak baligh pun lagi.


Isunya mereka tidak boleh bercouple bukannya sebab mereka kecil, tapi dah memang tak boleh. Hakikatnya,kalau dibiarkan sampai besar pun, masalah yang sama berterusan. Malah menjadi lebih teruk lagi jika tidak dikawal semenjak kecil. Nanti bila anak-anak luar nikah berterabur kat tepi-tepi jalan dan tong-tong sampah, jangan Tanya salah siapa la kan? Tanya diri sendiri dulu. (--.)’


Sejak kecil mereka perlu dididik apa yang dibenarkan dalam Islam dan apa yang dilarang dalam Islam. Konsepnya sama dengan solat dan puasa, adakah kerana mereka masih kecil, kita abaikan mereka daripada kewajipan berpuasa atas alasan mereka masih kecil? Jangan sedara, kita yang dah dewasa dan faham inilah perlu meyalurkan kefahaman kepada mereka supaya mereka rasa seronok beragama.


Apabila Hilangnya Seronok Beragama


Paginya lengkap berbaju kurung, bertudung putih suci. Lepas saja habis sesi persekolahan. Baju kurung entah kemana. Tudung pun hilang di simpan dalam beg sandang. Inilah adik-adik kita, anak-anak kita. Dan mungkin kita juga tergolong sama dulu-dulu. Hihi.. terkena batang hidung sendiri.


Baju kurung sekolah diganti dengan jeans dan t-shirt ketat. Tudung sekolah diganti dengan shawl, malah lebih teruk, ada yang terus menanggalkan tudung itu lalu menampakkan mahkota mereka yang sepatutnye dipelihara.


Nak ke mana dik oi?
Nak hangout dengan kawan-kawan la bang. Jalan-jalan, bosan la duduk rumah, kitorang keluar ni pun sebab nak seronok-seronok la. Tak salah kan bang?
Siapa kata hangout tu salah dik? Adik boleh je hangout. Tapi hangout dengan ayah adik, family adik. Hihi. (^^)


Mencari keseronokan? Dengan bergaul bebas lelaki perempuan? Dengan berpakaian ketat mencolok mata? Dengan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram?


Inilah jadinya jika keseronokan agama itu tidak dirasai. Keseronokan palsu yang menjadi ganti. Hakikatnya masyarakat sekarang tidak lagi merasai keseronokan beragama.


Tidak seronok berjemaah di masjid.
Tidak seronok mendengar ceramah agama.
Tidak seronok bersama family.
Tidak seronok menjadi alim-alim sangat.


Hakikat ini perlu diubah menjadi:


Seronoknya berjemaah di masjid.
Ceramah agama tu best gile.
Saya sangat menyayangi keluarga saya kerana Allah.
Allahurobbi, jadikanlah aku muslim yang soleh.





Carilah Keseronokan Itu


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Jom, sama-samalah kita menyemarakkan keseronokan beragama kepada masyarakat kita. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Tapi kan dik, yang pastinya bercouple selepas nikah itu lebih seronok.


Apa tu bang? Tak faham lah. Boleh terangkan?


Tak apa la dik, suatu hari nanti kamu akan faham. Buat masa ini, kamu clash je lah dengan budak lelaki tu. Tak ada faedah pun bercinta monyet-monyetan ni. Buat habis duit, buat habis kredit handphone, buat habis air mata je. Hihi. Lebih baik kamu bercinta dengan buku supaya lebih berjaya dan bercintalah dengan family kamu, InsyaAllah lebih bahagia. ^^



6 comments:

  1. nice entri...perhatikan setiap langkah adik2,anak2,anak2 sedara kita mulai sekarang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. toi2.. jangan dibiarkan berlarutan kepada org2 terdekat kite..

      Delete
  2. terlalu banyak contoh yg tidak baik yang ditunjukkan oleh orang2 dewasa sekeliling mereka... bila orng dewasa sendiri gagal berkelakuan sepatutnya sbg seorang muslim... apatah lagi remaja yg menjadikan mereka sbg contoh dan ikutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kena memainkan peranan masing2.. dan sy melihat family meminkan peranan yg paling besar sebenonye..

      Delete
  3. budak2 zaman skang.. mmg dasyat.. kecil2 dah pandai bercinta.. dating, lepak ngan kawan2..

    sebab tu laa kami adik beradik.. jaga btol2 adik bgnsu kami.. perempuan.. bimbang terpengruh dgn rakan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 memang tak boleh salahkan budak2 seratus peratus.. cara didikan mereka tak sama macam parent kite didik kite kecik2 dulu. zaman berubah, cara didikan pun perlu diubah. yang penting segalanya bermula daripada rumah.. insyaAllah.. wallahu'alam..^^

      Delete