Monday, May 21, 2012

Collection: My Facebook Status #10



Koleksi Status Facebook Saya #10


Malu nak share post-post Islamik?
Lebih baik tak malu penuhkan wall dengan post Islamik daripada tak malu post perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah kepada ummah.
.................................................
Malu biar bertempat supaya kita tidak malu ketika amalan dihisab di hadapan Allah nanti.


Allahurobbi, bersama dengan sahabat-sahabat yang cintakan Allah menjadikan aku sgt bersyukur kerana semakin bertambah cintaku kepadaNya. ♥ uols.


Bila kamu rasa diri ini adalah milik Allah, maka kamu tentu merelakan hidup ini diatur penuh olehNya. Aturan itu pasti molek. Percayalah. (^^)/


Malam yang dulunya sunyi
Kini malam itu hidup kembali
Bukan ramai yang bertahajud menghadap Ilahi
Tapi sibuk berFacebook hingga subuh pagi. (^^)




Kita yang mencari,
belum tentu berjumpa.
DIA yang memberi,
pasti tiba masanya. (^^)/


Lalui hidup dengan tenang sentiasa.
Jangan bersangka buruk dengan aturanNya.
InsyaAllah bahagia di pengakhirannya.


Apa bukti Allah sayang kita?
Allah bagi kita udara untuk bernafas.
Dan nyawa untuk hidup.
.........................................
Tanpa keduanya, anda tidak akan terbaca post ini.


Kenapa kita rasa masa sangat cepat berlalu?
Sekolah Rendah>Sekolah Menengah>KMPk>UKM
Kerana kita tidak manfaatkan masa kita pada waktu itu.
.........................................
Jadi, isilah waktu kini sebaiknya.
Supaya tidak menyesal at the future. (^^)


Andai bunga itu indah.
Indah lagi wanita solehah. (^^)
..................................
Indah bunga akan layu.
Indah wanita solehah kekal ke syurga.


Dunia menyebabkan kita alpa.
Harta menyebabkan kita terleka.
....................
Dunia dan harta akan jadi berharga.
Jika seiring dengan iman dan taqwa.


Kain itu mampu menutup wajahmu daripada pandangan lelaki.
Tapi tidak mampu menghalang hati yang terpaut pada akhlakmu.
..............................................
Wahai Hawa,
Jangan terlalu baik.
Hati Adam mudah tersentuh. (◕‿-)


Ahli 'Bulatan Gembira' ada di mana-mana.
Sentiasa berada berhampiran dengan anda.
Kanan, kiri, depan, belakang.
Cari dan sertai mereka. (^^,)
...............................
Ini saya punya. Anda bila lagi?


“Iman tak dapat diwarisi. Tapi boleh dicari.
Saya akan usaha sendiri. Tapi, saya masih kecil lagi.
Perlukan juga didikan daripada abi dan umi. (^^)”


Akak: Adik, mai sini akak pakaikan kopiah. Semoga adik akan jadi anak yang soleh untuk mendoakan abi dan umi selalu. Bahagia di dunia dan akhirat. (^^)/
Adik: Baik akak.. Tapi akak jgn tutup mata adik.
Akak: Akak tutup supaya adik tak tengok perkara2 yang tak patut adik tengok.
Adik: Astaghfirullah. Ok adik tutup sendiri...
Akak: .......... Akak ♥ Adik




Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.
Belum tentu dia solehah. (--)'
Wall FB nya penuh dengan post Islamic.
Belum tentu dia amalkan semuanya.
..........................
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi baik.
Mengikut syariat Islam selagi termampu. (^^)
Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni syurga.


Bersolat 5 waktu tapi masih:
Tidak menutup aurat?
Tidak menjaga pergaulan lelaki perempuan?
Tidak terkawal mengutuk mengumpat?
.................................
Semak semula:
Adakah kita khusyuk?
Adakah kita tambah dengan solat sunat lain?
Adakah solat kita ikhlas dan berkualiti?
..................................
Muhasabah bersama. (T.T)


Untuk apa tangisan itu?
Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. (T.T)


Kasih sayang.
Semakin banyak dikongsi, semakin bertambah manisnya.
Bukan seperti aiskrim.
Semakin ramai berkongsi, semakin cepat habisnya.


Sebagaimana Engkau mengasihiku,
Jadikan aku mengasihi Engkau melebihi segala-galanya.
Allahurobbi.


Perlu meraikan metod dakwah yang digunakan orang lain.
Dakwah yang pelbagai genre dapat menarik sasaran dakwah yg berbeza.
Sebaran bunga cinta Islam semakin meluas dan berkesan.
Lain orang lain cara. Jom berinovatif dalam berdakwah.


Wanita yang baik adalah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang.
Pesona wanita tidak pada fizikal semata-mata tapi perlu dijaga juga agamanya.
.......................................
Bonus jika dapat kedua-duanya.
Satu dalam seribu. (--)'


Usrah, halaqoh, circle, bulatan gembira atau apa sahaja nama yang digunakan. Ia tetap adalah pertemuan hati-hati yang mahukan keindahan Islam. Ayuh ubah persepsi. Usrah sangat menyeronokkan. Dalamnya kita berukhwah, makan bersama, main bowling bersama dan berkongsi ilmu yang kita ada. (^^)/
..............................
Saya ada bulatan gembira saya sendiri. Anda bila lagi?




Pelangi indah berwarna warni.
Biarlah hidup kita juga berwarna warni.
Supaya hari kita sentiasa ceria
Dengan kerenah pelbagai manusia.

No comments:

Post a Comment