Koleksi Status Facebook Saya #11
Kalau nak fikir pandangan, perasaan dan persepsi semua orang, memang takkan jadi kerja. Memang akan jadi gila. Jadikanlah mereka sebagai sempadan di tepian sahaja supaya kita masih on track dan tidak tersasar jauh.
...............................................
Tegur saya jika nampak saya tersilap. (--)'
Adakah dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini telah diampunkan Allah?
Sedangkan dosa lalu belum pasti terhapus, masih lagi berbuat dosa?
Memanglah. Kita ini memang insan yang mudah lupa. Astaghfirullah. (T.T)
Awak suka upload gambar awak dalam FB kan?
Ala, saya tahu yg awak nak saya puji awak kan?
Ok, awak comel, awak kiut, awak mmg cun.
...............................................
Monolog: Huh, perasan.
Bajet comel la buat muke kembung2 pipi tu?
Bajet hot setap la posing2 maut macam tu?
Oho, lelaki pun sama. (^^)'
Sebelum nikah, Syaitan suruh rapat-rapat, mesra-mesra.
Selepas nikah, Syaitan suruh jauh-jauh, gaduh-gaduh.
Betapa istiqomah nya puak-puak Syaitan ni.
Tidak pernah berhenti untuk menyesatkan anak Adam.
..........................................
Na'uzubillah. Janganlah jadi pada Harith Faisal BhCk.
Kita perlu sedar, harta dan rezeki yang kita miliki bukanlah milik kita semuanya. Sebahagian adalah milik kita dan sebahagian lagi adalah milik kawan-kawan kita, keluarga kita dan seluruh umat Islam yang memerlukannya.
.......................................
Semakin kerap kita memberi, semakin kerap Allah kurniakan rezeki.
Percayalah. (^^)/
Kena rajin belanja kawan. Heee..
Apabila segulung ijazah sudah berada dalam genggaman, maka bermula fasa untuk kita lakukan apa yang kita minat. Ijazah hanya prasyarat untuk memasuki alam pekerjaan. Apabila sudah mula bekerja, berusahalah untuk mencapai apa-apa yang diminati.
...........................
Dedicated to Mr. Amirul Akmal.
[13.05.12]
Andai kau mencari yang sempurna.
Pasti kau merana sengsara.
Carilah yang tidak mencela.
Dan mampu menerima seadanya.
Yang berkongsi saat gembira.
Dan sentiasa bersama walau berduka.
....................................
Di jalan dakwah mereka bertemu.
Pernikahan menyatukan dua insan yang bercinta.
Selamat Pengantin Baru. Bahagia selamanya. (^^)
Pasangan dua sejoli Faizal ♥ Maisya.
Andai pincang langkahku.
Andai tempang akhlakku.
Andai hilang hikmahku.
Jangan dihina jalan dakwah ini.
Kerana dakwah ini terlahir suci.
Yang salah itu, memang aku sendiri.
.........................
Astaghfirullah.
Ini kisahku. Bila dlm kesusahan, kesedihan, kesempitan, barulah aku akan teringatkan Dia. Allahurobbi, jika begitu sifirnya, biarlah aku berada dlm keadaan itu supaya aku tidak melupakanMu.
........................
Astaghfirullah. (T.T)
Kadang2 ternampak juga segelintir muslimah bertudung labuh, tapi tidak memakai stokin tangan (arm sock). Saya harap mereka akan terbaca status ni dan berubahlah menjadi lebih baik. Bertudung labuh tu, molek dh. Tp, kalau siap pkai stokin tangan, lebih comey lagi. Henshin.. Yeah.. (^^)/
Jika ingin tahu rahsia seorang lelaki, tanyalah ibunya. Sy lebih selesa berkongsi cerita dengan ibu sy berbanding ayah sy. Jadi kalau nak tahu rahsia sy, tanyalah ibu sy. Ayah, jangan jeles tau. Hihi. (^^)'
...............................
Anyway, sy tahu ibu sy tetap akan ceritakannya kpd ayah.
Semasa sy masih kecil, setiap kali sblm solat Jumaat di masjid, ayah sy akan masukkn RM1 dlm poket sy. Dan tak lupa juga pesanannya, "Harith, masukkan dlm tabung masjid nnti ye". Mgkin bg anda, nilai RM nya kecil, tp sbnrnya impaknya sgt besar bg sy. Nanti sy akn lakukan perkara yg sama pada anak-anak sy kerana sy tahu, kesannya mmg sgt positif. Thanks ayah. (^^)
Ternampak sekumpulan rombongan adik-adik drpd MRSM Muar. Pelajar perempuannya memakai baju labuh muslimah. Allahurobbi, betapa fesyen Islam itu sudah boleh diterima msyrakat. Bukan hny diamalkan oleh SMKA atau Maahad, tp MRSM juga telah ikut sama. Cuma..... tudungnya masih belum cukup labuh untuk menutupi auratnya. Oh, moga pakaian mereka semakin sempurna slps ini.
............
Now at R&R Ayer Keroh, Malacca.
Update status di Facebook setiap hari bukanlah suatu keperluan mendesak.
Jangan buang masa depan laptop semata-mata untuk create status setiap hari.
Cukuplah status itu datang tanpa dipaksa, muncul menjelma tanpa diduga. (^^)
Status hari ini perlu lebih matang daripada status setahun dua yang lepas.
Sangat perlu berfikir sebagai seorang dewasa berbanding sebagai remaja.
Remaja banyak terleka, dewasa perlu fokus komitmen yang pelbagai pula.
Daripada sekolah rendah, sampailah habis sekolah menengah. Dah puas rasanya ditipu dan diperbodohkan oleh Berita TV3, Berita Harian dan Utusan Melayu. Nasib baik la sekarang ni mudah nak dptkan akses internet. FB pun ada. Senang la sikit nak dapatkan berita yang lebih sohih. Hurm..
Saya tak suka polis JAHAT,
Saya tak suka kerajaan JAHAT,
Saya tak suka pilihanraya yang JAHAT.
Saya nak polis BAIK,
Saya nak kerajaan yang BAIK
Dan juga pilihanraya yang BAIK, TELUS dan BERSIH.
Dia buat baik dengan kita.
Kita buat baik dengan dia.
Dia buat jahat dengan kita.
Cuba sebaik mungkin untuk baik dengan dia.
......................................
Hopefully,
Boleh buat dia tersentuh dengan akhlak kita.
Indirect dakwah.
Realitinya kita tidak mampu menahan persepsi orang terhadap kita. Yang penting, kita tak post atau share perkara-perkara yang melanggar syariat, terdedah aurat, dan membuatkan orang lain meluat. Hihi.
Wanita ini mesti sangat cantik jika bertudung.
Tak kisah la pakai style Yuna, Wardina atau Hana Tajima sekalipun.
Asalkan dia dapat menutup auratnya. (^^)'
...................................................
Kasihanilah suamimu, ayahmu dan saudara lelakimu.
Janganlah tarik mereka semua ke neraka hanya kerana menanggung dosamu.
Belajar untuk memahami orang lain dan beri peluang kepada diri sendiri untuk difahami. InsyaAllah kita akan saling memahami. Ada orang mahu dirinya difahami tapi tidak pernah ingin memahami.
Proses untuk mengenali sahabat sentiasa berjalan setiap saat dan ketika kita bersama. Jangan mengaku anda mengenali dan memahami sahabat anda jika belum pernah bermusafir, tidur dan makan bersama-sama. ^^
Cukupkah kita mengaku kita beriman sedangkan kita tidak diuji?
..................................
Baru diuji sedikit ujian, tapi sudah berputus asa. Tidak mahu lagi berdoa kepada Allah? Sombongnya kita.
Jatuh dan bangun kita, Allah dah tetapkan.
Andai kita pernah terjatuh, tapi tidak berusaha untuk bangun, itu salah kita sendiri. Cheer up, dude!!
No comments:
Post a Comment