Monday, May 21, 2012
Kisah Aku, Ayah dan RM1.
Semasa saya masih kecil, setiap kali sebelum solat Jumaat di masjid, ayah saya akan masukkan RM1 ke dalam poket saya. Dan tak lupa juga pesanannya:
"Harith, masukkan dalam tabung masjid nanti ye".
Mungkin bagi anda, nilai RM nya kecil, tapi sebenarnya, impaknya sangat besar bagi saya. Nanti saya akan lakukan perkara yang sama pada anak-anak saya kerana saya tahu, kesannya memang sangat positif.
Thanks ayah. (^^)
Komen-komen Facebooker dalam status saya:
Status saya ini telah disalah anggap. Hihi.
"Moga cepat kahwin?"
"Ayat last tu yang menarik. Dah tak lama dah tu."
Whatever lah kawan-kawan.
Asalkan anda semua bahagia.
Doakan saya ramai-ramai tau.
InsyaAllah cepat makbul.
Apatah lagi doa orang-orang soleh. Amiin. (^^)'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam nk sama dgn kisah ini:
ReplyDeleteRahsia Sedeqah
Teringat zaman kanak2 sewaktu ak baru umur baru 4 5 tahun
ikut mak dan abah pergi pasar
sbelah pegang tangan mak, sebelah pegang tangan abah. ^^
... Jalan-jalan disepanjang pasar, sampai satu tempat tu,
pasti ada seorang pakcik tua,
bajunya lusuh, kopiahnya juga lusuh,
matanya buta, badannya tidak berdaya,
dan mulutnya sedang mengalunkan ayat suci Al-quran,
tangan memegang bekas tanda perlu pada bantuan.
Lalu abah keluarkan duit dan beri pada tangan sy,
menyuruh dan menunjuk ke arah pakcik tua itu,
sy pun lari2 dengan comelnya, ^^ dan beri pada pakcik buta tadi.
Dan begitulah tiap2 kali kami ke pasar,
itulah mak dn abah akan ajar sy supaya HIDUP BERKONGSI.
waktu kecil sewaktu nak sedeqah tiada rasa apa bukan,
sebab hati kita masih suci, cinta dan kasih sentiasa mengelilingi,
sebab ayah ibu yg memberi duit, tiada rasa berbelah bagi untuk memberi,
sebab merasakan itu milik ibu ayah, bukan milik kita sendiri.
Namun tatkala dah dewasa, rasa berat sangat nak bersedeqah,
Hati penuh dengan sifat hasad dan dengki, datanglah rasa penting diri,
Kerana terlupa bahawa segala2nya itu sebenarnya milik ALLAH.
Ingatlah, tiada apa yang milik kita hakikatnya,
segalanya ianya punya Allah,
DIA yang berhak memberi, dan menarik kembali~
""Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya . "
(Surah al-Baqarah, ayat 272).
Allahurobbi. cerita enti lebih menarik garapannye.. sangat bermanfaat.. good sharing..(^^)
DeleteHahahaha.....sabar sajalah...mentang-2lah sebut pasal masjid. Huhu...
ReplyDeletemasjid? oho... betul juga. tak perasan pulak.
Deletesemoga niat en.harith di permudahkan hendaknye
ReplyDeleteamiin.. moga dipermudahkan urusan kita semua. (^^)
Delete