Sunday, January 30, 2011

Bertamu Di Taman Syurga

“Wei, ada ceramahlah kat masjid UKM lepas maghrib ni. Jom pergi.”
“Hm, seganlah. Lagipun ceramah-ceramah tu untuk ustaz ustazah boleh lah. Aku ni bukannya baik sangat pun.”
“Ish, macam tu pula? Siapa-siapa pun boleh pergi ceramah ni.”
“Malaslah. Ceramah-ceramah ni bosan. Kalau aku pergi pun, bukannya ikhlas. Lebih baik aku tak pergi.”

Begitulah serba sedikit realiti kehidupan kita. Saat di ajak ke majlis-majlis ilmu, perbagai alasan yang diberikan. Ada-ada sahaja alasan yang terkeluar daripada mulut mereka walaupun kadang-kadang ia adalah tidak masuk akal.


Sebenarnya entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry saya yang sebelum ini iaitu FPI: Dengki Dengan Mereka. Ingin sekali saya memetik sedikit kenyataan daripada entry tersebut:

“Pelajar Sains Aktuari boleh belajar ilmu-ilmu agama melalui ceramah, forum dan apa-apa majlis ilmu. Sedangkan hampir mustahil untuk pelajar pengajian Islam untuk dengan rela hati menghadiri kuliah-kuliah berkaitan Sains Aktuari dan sebagainya. Bersyukurlah dengan takdir Ilahi.”

Dalam kita sibuk menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran, aspek kerohanian janganlah sesekali dilupakan. Lazimkanlah diri untuk menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid atau surau-surau. InsyaAllah, anda akan merasai kemanisan menuntut ilmu itu nanti.

Best sangatkah dengar ceramah kat masjid tu?

Soalan yang sering terlintas di fikiran orang yang tidak biasa menghadirinya. Sebenarnya, kadang-kala, ada dalam kalangan golongan ini yang tertarik dan ingin benar untuk mendalami ilmu agama, menghadiri kuliah-kuliah agama dan sebagainya. Namun begitu, mereka malu dan segan kerana mereka menganggap mereka tidak sesuai berada di tempat sebegitu. Dan yang lebih malang lagi, tiada insan yang membimbing dan menemani mereka ke sana. Jadi, ini adalah tanggungjawab para da’ie. Ajaklah seramai mungkin sahabat-sahabat anda ke majlis ilmu. Jangan pilih bulu. Pandanglah setiap orang itu mempunyai potensi untuk berubah. Bagaimana mungkin hidayah Allah akan bertamu di jiwa-jiwa itu jika anda sebagai seorang da’ie meletakkan sendiri hijab untuk memilih mad’u. Nauzubillahi min zalik.

Jika ajakan pertama kita ditolak, janganlah berputus asa wahai para daie. Ingatlah, hidayah itu adalah milik Allah. Kita hanya boleh berusaha mengajak mereka untuk menggapai hidayah Allah itu.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”
(QS. Al-qoshosh, 56)


Apalah yang kau dapat pergi ceramah tadi?

Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah akan anugerahkan kepadanya ketenangan tatkala mutiara-mutiara ilmu itu diserap dan disemat di minda dan jiwa-jiwa mereka. Malaikat juga akan sentiasa mendoakan orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Para malaikat sangat suka akan majlis ilmu sehinggakan para malaikat mengembangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang berada dalam majlis ilmu. Semoga kita sentiasa cinta untuk menjadi tetamu di taman-taman syurga seperti ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Pelik betullah. Macam mana kau boleh tahan dengar ceramah tu sampai berjam-jam?

Pelik. Memang pelik bagi orang yang tidak biasa. Tapi, bagi orang yang sering melazimi diri untuk menghadiri majlis ilmu sebegini, sudah tentu ia tidak menjadi masalah. Malahan, nikmat menuntut ilmu yang dikurniakan Allah menjadikan ceramah yang berjam-jam itu seperti sekejap sahaja. Tidak puas.

Gambar hiasan.
Ini adalah realiti. Masyarakat pada hari ini begitu dahagakan ilmu agama. Saya ingin mengambil contoh di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi. Kuliah maghribnya sahaja berjaya mengumpulkan lebih daripada 200 orang jemaah. Subhanallah. Namun begitu, yang mengungguli kehadiran adalah dalam kalangan orang yg berumur 30 ke atas bersama kanak-kanak di sisi mereka. Barangkali anak ataupun cucu-cucu mereka. Jadi persoalannya, di mana anak-anak remaja mereka? Di mana golongan belia 20-an yang akan mewarisi kepimpinan negara kelak? Sedang melepak? Menonton wayang? Facebooking?

Sedih betul.

Dengan gegala sosial serta jarum sekularisme yang kian rakus menodai jiwa-jiwa muslim pada hari ini, kita harus bangkit. Kita harus sedar bahawa Islam kini sedang diinjak-injak dalam kehinaan. Binalah benteng keimanan yang kukuh dengan menghadiri majlis-majlis ilmu supaya tidak terjerumus dalam jurang kesesatan yang nyata itu.


Jika,
Sudah lama jiwa tak terisi dengan ilmu,
Sudah lama hati tidak diketuk untuk bermuhasabah,
Sudah lama nurani tidak disuburkan dengan ingatan pada Tuhan,

Marilah sama-sama kita bertamu di taman-taman syurga. Moga kita akan peroleh manfaat daripadanya. InsyaAllah.
Wallahu’alam.

23 comments:

  1. "Lagipun ceramah-ceramah tu untuk ustaz ustazah boleh lah"

    sy pn slalu dpt respon mcm 2.. sepatutnya xpyh la berfikiran mcm 2.. sbb kte semua punya agama yg sma, pegangan yg sama, aqidah yg sama..xde diskriminasi antara ustz ustzh dgn bukan ustaz ustzh..

    ReplyDelete
  2. @hikmah
    yup, mmg itulah realitinya..
    so, sape2 yg paham dan boleh memahamkan org lain, silalah menjadi agen penerangan supaya dakwah dapat berkembg di mana2 je...
    ingat, jgn terlalu memilih mad'u..

    ReplyDelete
  3. eemm..sepatutnya sapa yang ada peluang ke majlis ilmu, rebut peluang tu, sbb zaman dulu, orang sanggup merantau jauh semata2 carik ilmu..eermm...

    ReplyDelete
  4. @Aim^_^RunZ --
    ramai org x sedar hakikat tu.. dorg selalu anggap majlis ilmu tu membosankan.. kenapa la dorg x ubah persepsi negatif camtu..

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum..
    mf sbb td sy share x minta izin dulu..
    excited nk ajak org pi taman syurga smpai lupa mintak...
    apa pn, syukran jazilan atas perkongsiannya...
    moga melalui coretan saudara dpt mengubah persepsi shbt2 kita yg masih menganggap ceramah2 di surau hanya tuk org yg baik2 aja...insyaALLAH...
    barakallahu fik...

    ReplyDelete
  6. @aisyah omar
    waalaikumussalam.
    boleh je nak share2 mane2 artikel drpd blog ni. always allowed sebab ni sumer adalah ilmu Allah.
    insyaAllah moga dengan usaha saudari mengajak shbt2 utk ke majlis2 ilmu dapat menjadi titik tolak dalam meniti perubahan dalam diri mereka.
    mereka tidak faham bukanlah salah mereka 100%, tetapi kesalahan itu juga tertanggung atas bahu2 orang yang faham, tapi tak try langsung utk memahamkan mereka yang kurang faham. wallahu'alam..

    ReplyDelete
  7. Saya juga mohon izin untuk share beberapa info disini untuk dijadikan artikel bercetak. Moga semua akan dapat memahami. Insya Allah.

    ReplyDelete