Monday, March 21, 2011

Kem Anak Soleh: Kesabaranku Teruji

“Ustaz. Ustaz.. Nak tengok video lagi”.
“Ustaz. Ustaz.. Bile nak makan ni? Lapar la”.
“Ustaz. Ustaz.. Petang nanti nak main futsal”.

Pengalaman pertama menguruskan program yang pesertanya adalah dalam kalangan kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah secara serentak. Pengalaman ini pasti akan menjadi ingatan. 19-20 Mac 2011, saya dan rakan-rakan daripada Ikatan Stadi Islam Univesiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi Kem Anak Soleh Siri 2. Kem ini adalah anjuran bersama Masjid Al-Hasanah, Pejabat ADUN Bangi dan ISIUKM sendiri. Peserta seramai lebih kurang 60-70 orang. Yang paling muda adalah berusia 6 tahun dan yang paling tua 16 tahun. Kem yang sangat menarik.


Menguruskan budak 'beso' lagi senang daripada menguruskan budak 'kecik'. Tapi, menguruskan budak 'kecik' lagi menyeronokkan daripada menguruskan budak 'beso'. Rasanya, lepas ni, macam kena belajar ilmu pedagogi daripada bakal-bakal guru dari Fakulti Pendidikan. Ilmu berurusan dengan budak 'kecik'.

APA YANG MENARIK?

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem dua hari satu malam ini adalah:
1. Sesi Taaruf.
2. Teori dan Amali Wuduk, Tayamum, Solat, Imam dan Bilal.
3. Bicara Sirah.
4. Riadah.
5. Klinik Al-Quran.
6. Muhasabah Diri.
7. Qiyamullail
8. Eksplorasi Hasanah
9. Ceramah.
10. Tayangan Ilmiah.
Setiap kali sebelum memulakan aktiviti, budak-budak ‘kecik’ ni mesti akan buat bising. Jadi, fasilitator akan cari jalan bagaimana untuk menenangkan mereka. Bak kata Akhi Fahmi, “Kalau dimarahi, mereka akan bertambah bising”. Malah ada juga yang buat seperti fasilitator ini tidak wujud langsung. Agak memeningkan kepala. Nasib baik fasilitator masih dapat memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

UMPAN DENGAN VIDEO

“Assalamualaikum. Adik-adik nak tengok video tak?”
Serentak mereka menjawab,
“Naakkkkkk....!!!!”
Wa..!! Bersemangatnya mereka semua.
“Yes, berjaya” sambil mengucapkan Alhamdulillah di dalam hati.

Budak-budak sukakan video. Mereka juga sangat suka jika ada orang yang ingin bercerita. Ceritalah apa-apa sekalipun. InsyaAllah mereka akan fokus. Berbalik kepada video tadi. Video kegemaran mereka sepanjang kem adalah video Iklan Syaitan. Ala, video iklan dalam bahasa arab yang ada menunjukkan bagaimana syaitan-syaitan merah itu memperdayakan manusia. Contoh video:


AMAR YANG COMEL

Dalam kem ini saya telah berjumpa dengan salah satu ciptaan Allah yang comel. Amar. Peserta paling muda. Berusia 6 tahun. Amar, pada mulanya menangis. Mungkin kerana takut dan tidak biasa. Tapi, lama kelamaan semakin lincah dan keletahnya membuatkan semua sekali terhibur. Peserta paling kecillah katakan.


“Ustaz, tolong lukiskan nama Amar. Amar nak warnekan”

Amar meminta saya untuk melukiskan blok namanya di atas sekeping kertas kosong A4. Dia membawa bersamanya sekotak Crayon.

“Amar buat sama-sama dengan Ustaz ye”, saya menjawab. Saya pun membantu menggerak-gerakkan tangan Amar yang sedang memegang pen untuk melukis blok namanya. Siap. Lepas itu, Amar mewarnakan namanya. Habis cerita (Sebenarnya panjang lagi).

JEMPUT KAMI LAGI YA!!

Sepanjang dalam kem ini, pelbagai pengalaman indah telah dilalui. Fuh, terasa seperti telah wujud naluri kebapaan mengalir di dalam sanubariku. Ops, abaikan. Cukuplah sampai di sini cerita saya. Ini dia antara gambar-gambar kenangan yang disnap dan video sepanjang Kem Anak Soleh Siri 2 ini berlangsung. Masuk link ini untuk lihat lebih banyak gambar: http://www.facebook.com/album.php?id=100000010250265&aid=56212

































Masjid Al-Hasanah, lepas ni, kalau ada Kem Anak Soleh lagi, jemputlah kami ya..!!!


3 comments:

  1. @prinCess zeneL
    haah.. memang kne sabo pon.. kalo x sabo, dah lame ana resign dari jadi fasi ari tu.. tapi memang best la.. kalo ade peluang, bleh la try jugak..

    ReplyDelete
  2. owh...sebb nie ke bzy ari2..sori ganggu konsntraso that day...huu..
    sronoknye...t'ingin nk ade pngalmn mcm antum sume...:)

    ReplyDelete