Friday, October 1, 2010

Islam Pasti Menang Tapi, Di Manakah Posisi kita??

“Islam pasti akan menang. Allah menjanjikan Islam akan menang. Pada masa itu, Islam akan menguasai dunia. Semua orang akan bercakap2 tentang Islam agama yang hebat. Agama yang membawa perpaduan. Tapi, di manakah posisi kita pada masa itu?”

“Hebat sungguh ustaz tu bagi pengisian”

Haa!! Pernahkah anda terfikirkan soalan sebegini sebelum ini? Di manakah posisi kita semasa Islam telah mencapai kemenangan nanti? Adakah kita menjadi orang yang rugi kerana tidak bersama2 dalam perjuangan Islam? Adakah kita orang yang ketinggalan kerana hanya membiarkan orang lain yang mendahului kita dalam memartabatkan agama Allah? Ataupun, pada waktu itu, kita adalah salah seorang daripada mujahidin dan mujahidah yang membawa kemenangan kepada Islam? Agak2nya, kita berada dalam posisi mana ya?

Mengapa masih berdiam diri? Lakukan anjakan paradigm supaya kita dapat bersama2 dalam saf2 gerakan Islam yang mana matlamat yang utama adalah untuk menegak Islam di seluruh dunia.


“Ala, saya tidak cukup ilmu la”
“Aku rase, aku tak ade kekuatan”
“Saya takut”
“Adoyai, parent aku tak bagi lagi aku join2 bende2 camni.”
“Nanti takde mase nak study la”

Huh!! Jangan terlalu banyak beralasan. Sungguh, alasan2 yang muncul itu datangnya daripada syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

“Islahkanlah bumi ini dengan membumikan Islam ke seluruh dunia.”

Marilah kita menjadi pejuang2 Islam yang berpegang kepada prinsip:
Allah matlamat kami
Rasulullah pemimpin kami
AlQuran pegangan kami
Mati syahid cita2 kami.
TAKBIR…!!!

“Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”
(AtTaubah:111)


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin, di sini harga dan nilainya
Bagi pengejar syahid, di sinilah tempatnya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada pelindung
Di bawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang dating melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila dating
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar dan garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada Yang Esa


Created by: Harith Faisal Bin Mohd Imam Ma'arof.

3 comments:

  1. aq ske blog nih...teruskan usaha mengupdate..
    semoga kita bersama sama peroleh kebaikan dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. syukran imran.. doakan aku teruskan karya2 aku ni.. semoga same2 dapat manfaatnya...

    ReplyDelete