Saturday, January 1, 2011

Tanduk Syaitan di KLCC ?

31 Disember 2010.
11.30 malam.

Saya dan sahabat-sahabat seusrah tiba di hadapan Suria KLCC. Mencari parkir kereta yang paling berhampiran dengan Masjid As-Syakirin. Tujuan utama kami berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini adalah untuk melihat dengan mata kepala kami sendiri bagaimana suasana penduduk Malaysia yang kita cintai ini meraikan Sambutan Tahun Baru.


Gambar yang diambil menggunakan camera telefon bimbitku pada malam itu.
Pada pukul 11.30 malam, jalan-jalan sekitar KLCC sudah dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang digelar manusia. Sememangnya sukar bagi kami untuk mendapatkan parkir kereta yang terbaik. Kereta-kereta penuh di lot-lot parkir dan bahu-bahu jalan menunjukkan betapa ramainya orang yang berkumpul di situ. Akhirnya kami bahu jalan juga menjadi pilihan terakhir kami. Agak jauh daripada Masjid Asy-Syakirin.

Mengapa mereka semua berkumpul pada hari ini? Sedih. Kecewa. Pilu rasanya apabila melihat majoriti yang berada di sekitar KLCC, menghabiskan saki baki 2010 ini dengan sia-sia adalah dalam kalangan remaja-remaja Melayu kita. Dan sudah tentu sekali mereka dilahirkan sebagai seorang muslim mahupun muslimah. Tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka daripada meraikan Sambutan Tahun Baru sebegini? Bercampur lelaki dan perempuan. Ikhtilat sudah tentulah tidak terjaga. Melepak sana-sini tanpa matlamat dan tujuan. Jika adapun ibu bapa yang melarang, sudah tentu itu bukanlah jaminan untuk mereka menerimanya?

Huh! Jahil sangatkah masyarakat kita? Adakah kita sedang kembali ke zaman jahiliah. Zaman yang mana masyarakat di dalamnya mengamalkan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum Allah. Jangan sampai masyarakat kita dilenyapkan oleh Allah dalam keadaan kita menzalimi hukum Allah dan diri kita sendiri sebagaimana Allah melenyapkan kaum Aad dan Samud. Nauzubillahimin zalik.

Yang paling menonjol ketika setiap kali sambutan malam tahun baru beberapa tahun kebelakangan ini ialah pemakaian ‘tanduk syaitan’ di kepala. Tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak atau dewasa, bahkan perempuan bertudung juga ada yang memakainya. Sejenis cekak yang dipakaikan di kepala menyerupai tanduk syaitan. Dijual dengan perbagai warna dan saiz dengan harga RM4-5. Merah, hijau, biru dan sebagainya. Ramai yang mengenakannya di kepala pada malam ini. Semuanya mahu jadi syaitan mungkin. Nasib baik ekor syaitan tidak dijual.



1 Januari 2011.
12.00 tengah malam.

Persembahan bunga api. Malaslah nak hurai mengenainya. Semuanya sudah sedia maklum.

Pada malam ini, saya dan sahabat-sahabat usrah  akan menyertai Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk menyebarkan risalah dan mendekati, seterusnya menyelami jiwa-jiwa yang berkeliaran tanpa tujuan yang pasti. Program ini telah mendapat sambutan lebih 600 mahasiswa dari pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, USIM, UMP, USM, UKM, UIA Gombak, UKMKL, UM, Darul Quran, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Kolej Lagenda, KUIS, Institut Pendidikan Bangi dan beberapa kampus lain.Di masjid Asy-Syakirin, selepas sedikit taklimat daripada pihak GAMIS, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kami memulakan langkah dengan penuh semangat ke setiap pelosok Bandar raya Kuala Lumpur.
Sesi taklimat.
Ustaz Nazri ( Naib Presiden 3 GAMIS) sedang membaca doa.
Pelbagai reaksi dan respon diterima daripada orang ramai apabila dihulurkan risalah-risalah yang dibekalkan. Ada yang menerima dengan baik dan ada juga yang menolak dengan kasar. Begitulah realitinya mehnah dan tribulasi yang diterima oleh para daei. Diterima ataupun ditolak. Mind setting dan niat mesti diselaraskan secara positif untuk melakukan gerak kerja sebagini. Antara pengisian yang terdapat dalam risalah tersebut adalah ‘Punca Utama Masalah Sosial’, ‘Berpakaian Tetapi Bertelanjang’ dan sebagainya.

Budaya melepak yang tidak berkesudahan.
Di samping menyebarkan risalah, kami juga akan berbual-bual dengan ‘remaja bertuah’. Selami hati mereka, tanyakan masalah mereka, azam mereka dan sebagainya. Supaya mereka sedar masih ada yang sayang dan prihatin terhadap mereka. Jiwa mereka kosong. Tidak diisi dengan cahaya rohani. Namun terdapat juga segelintir daripada mereka yang sebenarnya sedang mencari hidayah Allah untuk kembali ke pangkal jalan.

Mereka mahukan dan perlukan bimbingan.
Mereka paham apa yang halal dan apa yang haram. Tetapi, lemah daripada segi pelaksanaan dan amalan. Mereka mahu berubah. Tetapi, tidak tahu siapa yang boleh membimbing mereka. Jadi siapa lagi yang perlu memberikan penerangan? Sudah tentulah golongan-golongan yang paham dan jelas yang sepatutnya menjadi agen penerangan dan perubahan kepada masyarakat sekeliling. InsyaAllah.

Program ini berakhir pada pukul 3.00 pagi. Semua sukarelawan agama Allah berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin untuk program seterusnya. Cukup sampai di sini sahaja. Jumpa lagi di entri yang berikutnya.

Wallahu’alam.

9 comments:

  1. yaAllah, sgt risau dgn apa yg terjadi.. perlu ke nk smbut tahun baru tnpa pedulikn tntg pergaulan lelaki dn prmpuan.. xtau nk buat apa. xmampu nk cegah dgn kuasa yg ad..

    ReplyDelete
  2. program yg sgt bgus dan membimbing...bukan mudah untuk dilaksanakan, tapi, syabas pd smua yg terlibat...alhamdulillah...bru tahu ad prog. yg sedemikian..:)

    ReplyDelete
  3. @hikmah
    adalah lebih baik sambut tahun baru dengan mengenang kembali apa yang kita dah sumbangkan pada Islam untuk thn yg akan berlalu itu.. sama2 bermuhasabah, adakah masa kita lebih byk dihabiskan dgn urusan duniawi berbanding meninggikan agama Allah di muka bumi ini..

    ReplyDelete
  4. @Qurratua'yun
    kalau saya tak silap, program ini sememangnya berjalan setiap tahun..
    sebenarnya lokasi ekspedisi dakwah ini bukan sahaja dijalankan oleh gamis di kwsn2 KLCC sahaja, malahan kekuatan ahli juga dibahagikan kpd beberapa tempat2 target yang lain.
    jadi insyaAllah,tahun depan program sebegini akan dijalankan lagi.
    ini juga adalah kali pertama saya menyertai ekspedisi GAMIS ini coz saya pun baru je 1st year..
    wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. @Qurratua'yun
    ini dia blog GAMIS yang official:
    http://mygamis.blogspot.com/
    rajin2 la melawat untuk mengetahui program2 yang akan dijalankan...

    ReplyDelete
  6. thniah wat GAMIS ukm..
    moga stiap pkrjaan anda smua b'oleh keberkatn dr-Nya..
    biasela..ble diajk wat bnde baik byk je alsn dan halgnnya..
    xpe..
    insyaAllah satu hari nnt psti akn t'buka juga pntu hati mnusia utk kmbali kpd fitrah..
    slamat b'juang..

    ReplyDelete
  7. @Anonymous Actually, bukan GAMIS ukm.. tapi GAMIS ni mewakili semua mahasiswa Islam di Malaysia.. Hidayah itu milik Allah.. kita hanya mmpu berusaha ke arahnya..

    ReplyDelete
  8. salam,
    tergerak hati tetibe je nak google aktiviti di masjid as-syakirin KLCC..
    then terjumpe blog saudara..
    aktiviti yg dianjurkan oleh GAMIS boleh disertai oleh orang awam ke?
    GAMIS ni khas untuk student2 IPTA je ke?
    dulu sy pernah sekali mengikuti program yg dianjurkan oleh kolej sy
    ke ceramah yg diadakan di masjid as-syakirin KLCC..
    dh lame x follow up aktiviti2 sebegini bile dh abis study..
    xde blog or website khas utk program2 yg dianjurkan di masjid as-syakirin klcc kE?
    kalo ada boleh disharekan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. aktiviti yg dianjurkan GAMIS boleh disertai oleh sesiapa saja hatta orang bukan Islam sekalipun.. post ni adalah tentang aktiviti tahun baru 2011 anjuran GAMIS.. untuk yg tahun 2012, saudari boleh tgk kat link ini pulak..
      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.340721079271564.90428.100000010250265&type=3

      Delete