Saturday, February 25, 2012

Suapan Pertama Untuk Sahabat. Best. Inilah Talam Ukhwah Kami.

Entri ini didedikasikan khas untuk adik-adik junior saya di SMK Agama Slim River (SRISS).
.........................................................................
Makan dalam talam? Sesiapa yang pertama kali dengar mesti pelik. Membayangkan makanan yang banyak diletakkan ke dalam satu talam bulat besar sepemeluk orang dewasa. Kemudian dikelilingi oleh 5-6 orang yang kelaparan dan setelah bacaan doa makan selesai, mereka semua berebut-rebut untuk mendapatkan makanan sebanyak mungkin. Haha..


Dan tidak kurang juga yang memberikan reaksi menjijikkan saat kaedah makan dalam talam ini dijelaskan kepada mereka. Sama seperti yang saya lalui ketika menceritakan perkara ini kepada mereka (junior SMKA).


Suapan Kasih Sayang Yang Menimbulkan Rasa Cinta

“Abang, macam mana saya nak nak makan satu talam dengan diorang? Tak biasa la. Geli la. Tangan tu bukannya bersih sangat pun. Uwek.. uwek..”.

Tak ada apa yang nak digelimualkan pun sahabat-sahabat sekalian. Sampai satu masa bila kita dah biasa makan dalam talam, kita akan buat lebih daripada itu iaitu menyuap sahabat-sahabat setalam kita dengan tangan kita sendiri. Suapan pertama untuk sahabat ye. Tapi kalau nak suap sahabat sampai semua makanan habis pun tak apa. (^^)

Apabila ditanya kepada junior-junior saya berapa ramai yang pernah makan dalam talam. Lebih kurang 1/10 daripada mereka pernah melakukannya. Pernah makan dalam talam semasa program motivasi, Kem Anak Soleh, kenduri kendara dan sebagainya.

Soalan saya seterusnya adalah berapa ramai yang pernah menyuap sahabat-sahabat lain? Maka yang mengangkat tangan hanyalah beberapa orang sahaja.

Saat makanan itu disuap ke mulut sahabat kita, maka saat itu mengalir bersamanya keikhlasan, kemesraan dan kasih sayang dalam suapan kita. Maka, timbul suatu rasa cinta yang luar biasa. Cinta kerana Allah. Allahu Robbi, tidak tergambar dengan kata-kata keindahannya. Kalau nak tahu, try lah sendiri. ^^

Selalu orang main suap-suap ni masa slot makan beradab Walimatul Urus sahaja. Itu pun pakai sudu. Sebenarnya, kalau nak lebih romantik, suaplah pasangan guna tangan sendiri. Hihi. Barulah true.




Hukum Makan Dalam Talam

Ramai yang berpendapat bahawa makan dalam talam ini bukanlah sunnah Rasulullah. Tapi yang baginda sarankan adalah supaya kita makan secara berjemaah. Wah, makan pun perlu berjemaah? Ingatkan solat sahaja yang perlu berjemaah. Subhanallah, indahnya Islam.

“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:

Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

Dalam dunia realiti, memang kita biasa dengar, makan banyak, gelojoh pula tu, tapi tak kenyang-kenyang juga. Kenapa? Kerana kurang barakah. Mungkin juga sebab tak baca doa. Apa kena mengena tak baca doa dengan tak kenyang?

Ini soal barakah sahabat-sahabat sekalian. Kita kena ingat bahawa yang bagi kita kenyang bukan nasi, tapi Allah yang bagi kita kenyang. Nasi itu hanyalah asbab untuk kita kenyang.

Makanan walau sedikit
Tapi dapat makan ramai-ramai
InsyaAllah berkat.
Kenyang cukup puas.

Makanan banyak
Tapi kedekut
Makan sendiri-sendiri
InsyaAllah buncit bulat perut
Tak kenyang-kenyang juga.



Pesanan Untuk Adik-Adik SMKA Slim River

Adik-adik, jadikanlah makan dalam talam ini sebagai suatu budaya yang akan mewujudkan ukhwah Islamiah yang erat dan kukuh.

Untuk kesan positif masa panjangnya adalah semoga dengan ukhwah itu dapat menimbulkan kesepaduan dan kesedaran untuk melaksanakan gerak kerja Islam yang lebih mantap bersama-sama melalui dua organisasi induk di sekolah iaitu Badan Dakwah dan Rohani dan Badan Pengawas Sekolah. Sebenarnya banyak lagi manfaat makan berjemaah dalam talam ni. Kongsilah kat sini kalau ada ye.

Adik-adik, insyaAllah amalkan makan dalam talam, barakah pasti akan diperoleh dalam bulatan talam itu. Jadikan ia bulatan gembira kalian. Pesanan ikhlas daripada Abang Senior. Wink wink.. ^^



8 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah kalau berkesempatan, aku bawak ko buat program kat sekolah aku tu.. Jumpa adik-adik ni.. hihi.. ^^

      Delete
  2. Assalamualaikum..salam ziarah, sangat indah kenangan yag terukir..teruskan perjuangan..moge sentiasa dalam lembayung RahmatNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Alhamdulillah diberi oleh Allah peluang untuk mencipta kenangan sweet macam ni. Bukan semua orang dapat merasai pengalaman makan dalam talam dan nikmat berukhwah. Wallahu'alam...

      Delete
  3. yaAllah..teringat zaman sekolah asrama mase darjah 5 dan 6 dulu..mak dah xde..so..makan jelah satu talam ngan kawan2..suap menyuap mcm tu..yaAllah..rindu nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang try la praktikkan lagi makan dalam talam ni. InsyaAllah terubat rindu saudari. kalaus sekrang berada di universiti, buat aktiviti mkn dalam talam dgn sahabat2 dari universiti.. hihi.. cipta kenangan indah ini di mana-mana sahaja, dengan siapa2 sahaja..

      Delete
  4. mabruk.
    entri yang sangat menginspirasi.

    memang kena galakkan aktiviti binding ukhuwah seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Maaf boleh tuan kupas lbh lanjut bkaitan pendapat ramai org ttg makan dlm talam bkn sunnah dan hadith yg dikemukakan tu?

    ReplyDelete