Monday, April 23, 2012

Foto: Alangkah Indahnya Malam Dengan Cahaya Warna Warni.

Sungguh,
Malam itu indah sekali
Jika kita tahu menghayati
Jika kita tahu menghargai
Ia bagaikan suatu seni
Dilimpahi cahaya berwarna-warni
Pasti menambahkan seri
Pasti ramai yang memuji.

Ok. Itu saja.


Gambar waktu malam tanpa flash dan juga gunakan teknik bulb. Apakah itu bulb? Bulb boleh juga disebut light trail digunakan dalam istilah fotografi untuk gambar yang diambil dengan menggunakan Shutter Speed yang rendah. Contohnya 1 saat, 2 saat dan boleh juga mencapai hingga 30 saat.


Tips menghasilkan bulb dan light trail.
1. Slow shutter speed. Sebaiknya adalah 5, 10, 15 ataupun 30 saat.
2. ISO yang paling rendah supaya gambar kurang noise. Contoh: ISO 100 atau 200.
3. Gunakan camera stand untuk mengurangkan gegaran pada gambar.
4. Setkan kepada timer supaya mengelakkan gambar bergegar.


Ini adalah assignment yang saya telah hantar kepada pensyarah saya, Dr Arif.


Sekitar Putrajaya yang bercahaya disimbahi warna warni.



Gambar diambil daripada Masjid Besi.

Highway PLUS sebelah rumah.

Pandangan dari atas jejantas Felda Sungai Behrang.

Surau Diri Jumaat SMKA Slim River.

4 comments: