Thursday, April 12, 2012

Persepsi Orang Terhadap Status Facebook. I'm Single.

Bila saya update status tentang CINTA.
Orang kata saya doktor Cinta.
Bila saya update status tentang WANITA.
Orang kata saya jiwang.
Bila saya update status tentang KAHWIN.
Orang tanya dah ade calon ke belum.
Bila saya update status tentang ANAK-ANAK.
Orang tanya bila nak kawin.
Hurm, macam-macam la.
Hihi . . . For sure, I'm still single.




Memang, realitinya kita tidak mampu menahan persepsi orang terhadap kita. Lebih-lebih lagi dalam dunia internet tanpa sempadan ini. Segala status yang dikongsi di Facebook dapat dibaca oleh ribuan orang. Jadi mana mungkin kita nak pastikan segala persepsi orang lain terhadap kita adalah baik-baik sahaja.


Yang penting, kita tak post atau share perkara-perkara yang melanggar syariat, terdedah aurat, dan membuatkan orang lain meluat. Hihi.


Macam yang saya katakan sebelum ini, capaian untuk status Facebook yang kita update hari-hari mungkin mencapai ribuan orang, jadi amatlah rugi kalau peluang ini tidak digunakan untuk berdakwah. Pasti berganda-ganda pahala yang diperoleh jika kita berdakwah dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat.


Perkara yang sama berlaku andai kita memaparkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Saham dosanya pasti berlipat kali ganda bersesuaian dengan capaian umum hingga beribu riban pada satu masa. Fikirkanlah. Nak pahala atau dosa? Nak syurga ataupun neraka?


Wallahu’alam.

2 comments:

  1. Salam .. Yup,gunakan fb sbg medan dakwah. Kita mungkin bukan terbaik tp berusaha ke arah itu. nice entry. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. kita mungkin bukan sempurna tapi kita cuba berusaha untuk mencapai kesempurnaan...

      Delete