Wednesday, November 3, 2010

Inilah Takdir Que #6

BAHAGIAN ENAM

Beberapa hari selepas mendapat motosikal pemberian ayahnya, Que pergi solat subuh berjemaah di Masjid Universiti. Dia menunggang seorang diri pada hari itu. Jalan-jalan di sekitar KPZ lengang. Saat yang paling nyenyak untuk tidur bagi kebanyakan manusia. Bayu pagi menyapa segenap tubuhnya. Fuh.. nyamannya. Kedinginan pagi bukanlah musuh bagi Que. Sudah terbiasa. Motornya meluncur laju menuruni bukit KPZ menghala ke masjid.

Ha..!! Ada 'sesuatu' menghalang laluannya. Que sempat mengelak tapi terbabas. Motornya melanggar bahu jalan. Tayar meletup dan rim motor bengkok dan macam-macam lagi. Que hanya mendapat luka-luka ringan sahaja. Motornya terpaksa ‘dirawat’ di bengkel motor berdekatan selama sehari.

Zack yang mengetahui kejadian malang itu, terus menghubungi Que.

“Que, takziah saya ucapkan atas musibah yang menimpa dirimu(ayat skema yang bertujuan untuk bergurau)”

Que berkata:

“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”

“Bodohlah, takkan la kau terbabas pun kau nak kate ni nasib baik? Dahlah aku buat lawak pun kau tak layan,” Zack hilang sabar.

2 comments:

  1. hmm...nak tanya skit. macamne nak dapatkan gambar kartun bawang ni??

    ReplyDelete
  2. sy cari kat internet..google je.. tapi dah lame dah..thn lepas.

    ReplyDelete